Tidak semua insan di muka bumi ini dikurniakan dengan akal fikiran yang waras dan mampu menjalani kehidupan normal seperti manusia biasa lain. Seringkali kita lihat, ramai dalam kalangan masyarakat kita memandang serong serta takut terhadap golongan ini sehingga kadang-kala sanggup mengabaikan mereka meskipun dilihat sedang dalam kesusahan.
Bagaimanapun lain pula kisahnya kali ini apabila viral di Facebook seorang lelaki sanggup mendekati individu kurang waras ini semata-mata untuk melindunginya daripada diaibkan.
Pakai seluar!
https://www.facebook.com/viralmalaysian/videos/1022041481461359/?t=10
Menerusi video berdurasi kurang 0:30 saat yang dikongsi laman Facebook Viral.my ini, kelihatan seorang lelaki seakan sedang ‘menengking’ individu kurang waras di tempat awam.
Jika ditonton sekali imbas, mungkin ramai yang menyangka lelaki tersebut seolah-olah sedang bergaduh dan memarahi individu itu.
Namun jika dilihat dengan teliti, lelaki berkenaan sebenarnya sedang meminta individu yang berpakaian lusuh itu untuk memakai seluar.
Dipuji netizen
Tindakan lelaki itu ternyata mengundang rasa senang dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memuji sikap yang ditonjolkan olehnya.
Malah mereka juga beranggapan lelaki itu mempunyai hati yang mulia meskipun dilihat seperti kasar ketika meminta individu itu untuk memakai seluar.
Sumber: Facebook Viral.my