Runtun hati wargamaya apabila melihat luahan seorang kanak-kanak yang ketika ini sedang menanggung kesakitan dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Dah Meninggal Sebulan Lalu’ – Kisah Pejuang Kanser Tahap 4 ‘Cari’ Ibu Susuan Untuk Anak Undang Sebak
Pejuang kanser
@allyshaaida Ibu tau kakak kuat syg…? #cancerfighter ? Pedihnya Hatiku – Jeki Jeksen
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, dapat dilihat wanita yang dikenali sebagai Allysha Aida sedang mengusap kepala sambil menenangkan anaknya yang sedang menangis.
Dalam keadaan sebak, anak perempuannya yang menghidap kanser itu meluahkan bahawa dia sudah tidak tahan untuk menanggung kesakitan yang dirasainya.
Kenapa Allah tunjukkan jalan macam ini? Allysha kemudiannya menjawab, ‘Sebab Allah sayang kakak’.
Tapi kakak sakit, kakak dah tak kuat. Sakit badan, sakit kepala.
Apa yang lebih menyedihkan ialah apabila anaknya itu menyatakan hasratnya itu kembali sihat seperti dulu.
Kakak dah tak tahan ibu, kakak nak macam dulu.
Melihat kepada luahan anaknya itu, Allysha kemudiannya memberikan kata-kata semangat dan berjanji akan memberikan rawatan yang terbaik buatnya.
Nanti kakak sihat, kakak macam dululah. Kalau kakak keluar pun hari itu, kakak tak sihat. Tak ada ubat macam mana?
Tak mau nangis ya?
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak mereka mendengar luahan anak kecil itu.
Netizen juga menitipkan doa buat kanak-kanak tersebut agar cepat sembuh dan tabah berdepan dengan ujian yang dihadapi.
Sumber: TikTok Allysha Aida