berita

[VIDEO] Lubang Besar ‘Telan’ 21 Buah Kereta Tepi Pusat Beli-Belah

August 21st, 2020 | by Ben Farid
Kini Trending

Foto oleh cctv

Sebuah lubang besar tiba-tiba muncul di laluan jalan raya barat daya China dan ‘menelan’ 21 buah kereta. Kejadian yang berlaku pada tengah malam Rabu lalu itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan.

Punca masih disiasat

Memetik laporan Daily Mail, pihak berkuasa tempatan berkata jalan yang seluas lebih kurang 500 meter persegi (5,380 kaki persegi) itu telah runtuh. Punca kejadian masih dalam siasatan dan ianya tidak melibatkan kecederaan fizikal sesiapa.

Melalui rakaman yang dikeluarkan stesen TV wilayah, SCTV itu menyaksikan kenderaan yang diparkir secara perlahan menghilang sebelum kesemuanya ditelan ke dalam lubang tersebut. Kejadian itu juga dipercayai berlaku di luar bangunan pusat membeli-belah Cuibai Avenue di Yibin, Daerah Sichuan.

 Masih selamat digunakan

Foto oleh cctv

Walaubagaimanapun pakar yang dihantar bagi memeriksa tanah berhampiran lokasi kejadian menganggap tempat itu masih selamat untuk digunakan para penduduk tempatan. Rakaman yang dikeluarkan oleh TV tempatan itu juga menunjukkan kereta-kereta diangkat keluar dari dalam lubang tersebut yang dipenuhi air berlumpur.

Sumber : Daily Mail

SKIP THIS AD ×