berita

[VIDEO] Lufya Omar Diduga Lagi Anak Kena ‘Chicken Pox’, Netizen Baik Hati Kongsi Petua Berguna

November 17th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Belum selesai perbalahan antara tiga penjuru, pelakon Lufya Omar berdepan dugaan lagi apabila anak perempuannya, Laana Haura, tidak sihat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Rasa Mungkin Dia Terlalu Buta Dalam Percintaan’ – Lufya Omar Tidak Cemburu Bekas Suami Nak Kahwin Dengan Julia Farhana

Tak boleh tidur

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya Luvya (@lufyalaana)

Terbaharu, Lufya menyatakan Haura dijangkiti ‘chicken pox’ atau juga dikenali sebagai cacar air, semalam (Rabu). Menurut aktres berumur 37 tahun ini, Haura tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana satu badan berasa gatal.

Meskipun tidak sihat, anak kecil berumur lima tahun ini masih bertenaga serta rancak berborak.

Dah tak cantik muka Haura.

Nangis sebab gatal

Pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar turut memohon jasa baik pengguna media sosial untuk berkongsi petua bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

Antara tips yang diberikan adalah mandi dengan daun semambu, elakkan daripada menggaru dan jangan makan makanan yang bergoreng.

Untuk rekod, Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan yang kini berusia lima tahun.

Bagaimanapun, Lufya dan Hafiz yang merupakan seorang doktor bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Sumber: Instagram @lufyalaana

SKIP THIS AD ×