berita

Video : Luna Maya & Ariel Noah Berpelukan

October 23rd, 2013 | by Ai
Hollywood

Luna-Maya-5

Umum tahu sebelum ini pelakon dari seberang, Luna Maya pernah mencipta kontroversi dengan penyebaran video intimnya bersama Ariel kumpulan Noah sehingga menyebabkan penyanyi berkenaan dipenjara selama 3 tahun 6 bulan.

Susulan insiden tersebut, nama mereka sering menjadi perhatian para peminat seni dan acap kali diajukan soalan, adakah selepas ini mereka akan menjalinkan semula hubungan cinta yang pernah terkandas itu?

Namun begitu, pada Ahad lepas, Luna dan Ariel dilihat telah bertemu di sebuah pertunjukan fesyen, Jakarta Fashion Week 2014. Menerusi pertemuan tersebut, Luna telah menunjukkan tindakan drastik, dengan memeluk Ariel dihadapan khalayak ramai.

Label-Fesyen-Ariel-201013-meli

Ariel sewaktu memperagakan label ARL di acara Jakarta Fashin Week 2014

Tindakan semulajadi Luna telah menyebabkan ramai pihak media Indonesia mula membuat spekulasi kononnya mereka kembali bercinta seperti sebelumnya.

Bagaimanapun, melalui laporan berlainan, Luna telah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa, dia hanya menganggap Ariel sebagai abangnya sahaja. Dalam pada itu, Luna akui sudah berbaik semula dengan Ariel dan mula berkongsi cerita mengenai perkembangan diri masing-masing.

Apa pun, jom lihat sedutan video berpelukan antara Luna dan Ariel yang sempat dirakamkan sewaktu acara Jakarta Fashion Week 2014 baru-baru ini :

Kredit Foto : Detik Hot

SKIP THIS AD ×