Foto: Tangkap layar video
Seorang gadis berdepan detik ‘cemas’ apabila pintu sebuah tren Transit Aliran Ringan (LRT) tidak tertutup ketika sedang berjalan. Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada warganet yang risau jika kejadian seumpama ini boleh berulang dan boleh mendatangkan kecederaan kepada orang ramai.
Artikel Berkaitan: [FOTO] LRT Laluan Kelana Jaya Kemalangan, Usaha Menyelamat Sedang Dilakukan
Pintu tak tutup
and suddenly i feel like I’m in divergent @MyRapidKL what is this behaviour ? pic.twitter.com/PpyjAiXLQn
— ?? (@perksofbeingsxf) July 27, 2021
Menerusi perkongsian video di Twitter berdurasi kurang 10 saat itu, memaparkan sebuah tren LRT yang bergerak dengan laju tanpa pintunya ditutup terlebih dahulu. Pemilik video itu juga sempat merakamkan reaksinya yang ‘cemas’ ketika berada di dalam tren itu.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku semalam (26 Julai) kira-kira jam 3 petang, dan tren tersebut dalam perjalanan dari stesen Ara Damansara menuju ke stesen Lembah Subang. Bagaimanapun, tiada info lanjut yang diberikan oleh pihak Rapid KL.
Respon netizen
Video yang dikongsi telah berjaya meraih 5k tanda retweet dan pelbagai respon daripada netizen. Ujar netizen, kejadian seumpama ini harus dipandang dengan serius kerana ianya boleh mendatangkan kecederaan kepada para penumpang.
Sumber: Perksofbeingsxf