Kejadian kejar-mengejar antara pihak polis dan sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil telah mencetuskan rasa cemas. Rakaman video tersebut telah dikongsi pengguna Facebook Mohd Amirul Aizad menyaksikan tiga unit peronda polis sedang mengejar suspek yang memandu Kancil di Taman Angkasa Nuri dipercayai meloloskan diri dari roadblock.
Laju betul
https://www.facebook.com/mohd.a.aizad.7/videos/pcb.148428786692135/148516870016660/?type=3&theater
Video rakaman yang dikongsikan ini menyaksikan pihak polis dalam usaha mengejar dan menangkap pemandu kenderaan tersebut. Dipercayai suspek cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya dan pemeriksaan polis ketika arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa melebihi waktu yang dibenarkan.
Dia main dalam taman ni
https://www.facebook.com/mohd.a.aizad.7/videos/pcb.148428786692135/148516886683325/?type=3&theater
Dapat disaksikan juga bahawa pemandu berkenaan enggan memberi kerjasama dan terus melarikan diri tanpa menghiraukan arahan pihak berkuasa. Oleh demikian, peronda polis terpaksa mengejar untuk menangkap suspek. Suspek juga telah memandu memasuki kawasan perumahan dan cuba ‘mempermainkan’ pihak polis.
Bawa Kancil je
Bagaimanapun, suspek gagal meloloskan diri dan berjaya ditangkap. Pihak polis telah menangkap dua individu yang berada di dalam kenderaan itu termasuk seorang pemandu dan penumpang. Mereka dipercayai melanggar roadblock di Taman Angkasa Nuri sehingga berlakunya aksi kejar mengejar dengan pihak polis.
Sumber: Mohd Amirul Aizad