Usahawan terkenal, Eriyca Baiduri mendedahkan sikap sebenar penyanyi, Yuka Kharisma yang baru-baru ini tular susulan pembatalan konsert Aisha Retno.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Benar, Kenapa Polis Tak Cari Saya? Tuduhan Ini Tidak Berasas’ – Yuka Kharisma
Artikel Berkaitan: Kharisma Music Tuntut Aisha Retno Bayar Balik RM77k, Nafi Batal Konsert Terburu-Buru – ‘Duit Itu Dipinjamkan Untuk AJL38’
Madammu kenal Yuka Kharisma
@yanaothmann Yuka Yang mana ekk Madam Mu marah nie?! #fypdonggggggg #fypviral? #fyp??viral #malaysia #yuka ? original sound – yanaothman
Menerusi video yang dikongsikan semula di TikTok, Eriyca atau lebih mesra dengan panggilan Madammu menasihati mana-mana pihak atau individu yang berurusan dengan Yuka agar lebih berhati-hati.
Saya tak kenal Aisha tu tapi Yuka saya kenal. Berhati-hati lah siapa yang berurusan dengan dia.
Madammu mendedahkan perkara itu ketika bersiaran langsung di TikTok, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pemilik jenama Noir ini mendakwa pelantun lagu Tentang Rasa itu seorang individu yang suka memutar belitkan sesuatu cerita atau fakta.
Dia ibarat seekor ular yang pandai berkata-kata dan membelit, hati-hati. Sebab itu Tuhan tak bagi dia terkenal sebab Tuhan tahu kalau dia terkenal akan jadi macam mana.
Kadang-kadang Tuhan ni tengok orang tu layak tak dia nak curahkan rezeki sebab ada orang bila dia senang atau Tuhan bagi rezeki lebih, mereka ni tak boleh nak urus.
‘Saya punya panas hati dengan dia dari dulu tak habis lagi’
@husna_noir.n0009199 semoga mnjwb untuk sape yg bertanya… ? #madammu #BlessingEmpire #Noir #husna_noir #fyp #fypdongggg #beranda ? original sound – Husna_Noir – Husna Noir | Blessing Empire
Ujar Madammu lagi, sehingga kini dia masih tidak puas hati dengan tindakan Yuka yang didakwa pernah mengambil kesempatan atas dirinya sewaktu mereka bekerjasama sebelum ini.
Saya punya panas hati dengan dia dari dulu tak habis lagi. Saya londehkan segala-galanya. Cuma silapnya ketika kami kerjasama, saya ini tak faham sangat bab industri nyanyian ni sebab itu bukan dunia saya.
Jadi, bila dia tahu kita tak faham, dia ambil kesempatan. Tapi tak apa lah, orang macam ni tak akan kemana. Sebab tu dia menyanyi, tak pernah jadi terkenal sebab orang yang suka aniaya orang lain ni, begitulah hidupnya.
Sebelum ini, Yuka Kharisma pernah menyanyikan lagu asal bagi produk Noir yang merupakan jenama milik Madammu.
Namun, Yuka didakwa bertindak mendaftar lagu tersebut sebagai hak ciptanya kerana tidak bersetuju Madammu memilih penyanyi, Dayang Nurfaizah untuk mendendangkan lagu tersebut di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL36).
Lagu Noir tu memang lagu saya, saya dah bayar dia buat lagu tu. Waktu saya nak bawakan lagu itu ke AJL dan nak ambil Dayang untuk nyanyikan tiba-tiba kami periksa, penyanyi perempuan itu (Yuka) dah buat copyright menunjukkan lagu tu hak milik dia bukan milik Noir.
Dia pun buat performing right iaitu lagu tu hanya boleh dinyanyikan oleh dia sahaja. Sebab dia tahu masa tu saya nak taja AJL jadi dia nak dia sahaja menyanyi di AJL.
Disebabkan itu, Madammu akhirnya menurunkan lagu asal Noir yang dinyanyikan oleh Yuka daripada semua platform dan menampilkan lagu Noir yang baharu untuk didendangkan oleh Dayang pada malam berprestij AJL ke-36.
Sumber: TikTok