Peguam mewakili pelakon Diana Danielle, Datuk Akberdin Abdul Kadir memberitahu mahkamah telah mengesahkan aktres tersebut dan suami, aktor Farid Kamil kembali rujuk sebagai suami isteri.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Tetap Pendirian Untuk Tidak Bicara Tentang Isu Cerai Dengan Farid Kamil – ‘Tiada Faedah Untuk Saya Ulas’
Artikel Berkaitan: Diana, Farid Perlu Hadir Ke Mahkamah Pada 20 November Bagi Sebutan Permohonan Rujuk & Cerai
Status sebagai suami isteri
Menurut Akberdin, Farid selaku pihak defendan juga tidak membantah sewaktu prosiding yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, pada Rabu.
Mahkamah telah mendengar permohonan rujuk dan hakim telah berpuas hati, malah pihak defendan (Farid) tidak membantah. Mahkamah telah memberi perintah bahawa kedua-dua pihak sudah kembali rujuk sebagai suami isteri.
Permohonan cerai 2 Disember
Dalam pada itu, Akberdin berkata, sijil permohonan rujuk dan beberapa dokumenan lain akan dibawa pada prosiding perceraian yang akan berlangsung pada 2 Disember depan.
Selepas ini mahkamah mengarahkan untuk mendapatkan sijil rujuk dan bawa ke mahkamah untuk tujuan permohonan kedua yang dibuat Diana (permohonan cerai).
Sijil itu adalah bukti mereka sudah kembali sebagai suami isteri. Surat perakuan itu boleh dikeluarkan secepat mungkin.
Mahkamah telah menetapkan 2 Disember untuk prosiding permohonan cerai. Jadi selepas ini tiada apa-apa isu berkaitan rujuk. Status mereka sekarang adalah suami isteri selepas diendos oleh mahkamah.
Sementara itu, peguam mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan turut mengesahkan perkara sama.
Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad mahu berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.
Sebelum ini, Farid dalam satu sidang media memberitahu, tiada rumah tangga yang tidak dilambung ombak dan akan berusaha menyelamatkan perkahwinannya sehabis baik.
Imbas kembali, pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun, kembali rujuk semula selepas 21 hari.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.
@ohbulanofficial Prosiding seterusnya akan dijalankan pada 2 Disember nanti.. #ohbulan #fyp #news #dianadanielle #kes #penceraian #mahkamah #faridkamil ? original sound – OHBULAN!