Permainan karusel di tapak pesta tiba-tiba tidak berfungsi lalu runtuh sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang cedera dalam insiden tersebut.
Artikel Berkaitan: Terkena Tiang Besi Selepas Tercampak Dari Buaian ‘Fun Fair’, Remaja 13 Tahun Hilang Sebelah Paru-Paru
Artikel Berkaitan: Remaja Perempuan Maut Terjatuh Main ‘Fun Fair’
Jeritan mangsa
Menerusi sebuah rakaman yang dikongsikan di TikTok, menunjukkan beberapa orang sedang berada di dalam permainan karusel yang berpusing di udara. Secara tiba-tiba, permainan itu tidak berfungsi ketika berpusing lalu jatuh terhempas dengan bunyi dentuman yang kuat.
Kedengaran di dalam video yang berlaku di India itu adalah jeritan suara mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak. Pengunjung yang berada disitu juga hanya mampu melihat kejadian tersebut.
Susulan itu, pihak polis bergegas ke tapak pesta itu setelah menerima laporan dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.
Dalam pada itu, pihak penganjur dipercayai telah melarikan diri sejurus selepas permainan itu terjatuh dan insiden tersebut sedang disiasat oleh pihak polis untuk mengenal pasti punca kejadian.
@bnnbreaking #BNNIndia Reports. Carousel collapses at Ajmer fair injuring 11.#Ajmer #Fair #Swing #Collapse #Rajasthan #Carousel #Crash #Injured #Dangerous #CableBreak #Treatment #JLNGovernment
Sumber: India Today, TikTok