berita

[VIDEO] Majlis Konvokesyen Batal, Adik ‘Cipta’ Majlis Konvokesyen Digital Untuk Kakak

March 19th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan pihak kerajaan bagi membenduk penularan wabak Covid-19 memaksa segala aktiviti dan penganjuran yang melibatkan perhimpunan orang ramai terpaksa dibatalkan. Hal ini termasuk beberapa universiti tempatan seperti Universiti Teknologi Mara terpaksa menangguh Istiadat Konvokesyen UiTM yang sepatutnya berlangsung pada sekitar bulan Mac hingga April.

Oleh hal yang demikian, seorang adik bertindak kreatif dengan mengadakan majlis konvokesyen buat kakaknya secara atas talian disebabkan majlis konvokesyen terpaksa ditangguh. Video yang dimuat naik menerusi Twitter Zhaeim Aziz telah menarik perhatian netizen dengan memuji usaha dan suara merdu adiknya yang menjadi pengacara majlis.

Buat e-convo bagi semangat

Video tersebut dihasilkan sendiri oleh adiknya menggunakan telefon pintar. Segala susunan watak dan skrip suara latar turut mengikut acara konvokesyen yang biasa diadakan. Adiknya turut mengguna suaranya sendiri sebagai suara latak. Orang ramai memuji suara adiknya kerana mempunyai intonasi suara yang begitu merdu sebagai pengacara majlis rasmi.

Memang berbakat siot

Sumber: Zhaiem Aziz

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×