berita

Video Majlis Pernikahan Black & Chira Khairi

September 15th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-09-15 at 1.56.33 PM

Jumaat lepas, berlangsungnya majlis pernikahan antara penyanyi, Black dan juga pasangannya, Chira Khairi. Kedua mereka selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Zebra Square, Kampung Pandan.

Majlis yang penuh meriah ini telah dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat pasangan mempelai.

Namun, apa yang menarik ialah, kumpulan LHMedia TV berjaya merakamkan momen-momen indah di majlis pernikahan pelantun lagu Teman Pengganti ini.

Untuk pengetahuan, pada hari ini, Black dan Chira mengadakan majlis resepsi mereka untuk para peminat dan penyokong setia Black di padang bola PPRT Pantai Dalam.

Mari tonton video selepas ini!

SKIP THIS AD ×