berita

[VIDEO] Kenduri Sambut Menantu Serba Sederhana Dipuji, Netizen Terhibur Tengok Muka ‘Ketat’ Adik Ipar Reen Rahim

January 25th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pada Ahad lalu, pelakon Reen Rahim telah diraikan dalam kenduri sambut menantu yang diadakan di kampung suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.

Artikel Berkaitan: Reen Rahim Sah Isteri Ahli Perniagaan, Terima Mas Kahwin Sedulang Barang Kemas

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Reen Rahim Bayar Persiapan Kahwin Guna Duit Sendiri, 15 Juta Hanya Nilai Barang Kemas

Majlis sambut menantu

@reenrahimmy Alhamdulillah selesai majlis sambut menantu belah cuami.. Sederhana tu indah .. Tp aku macam nak pang je adk ipar aku, die igt die nk pg perang ke muke mem tu anat.. #hazreentilljannah #reenrahim ? original sound – Reenrahim

Menerusi video di TikTok, Reen dilihat berkongsi kenduri dengan adik iparnya dan pasangan yang difahamkan diadakan di Sungai Besar, Selangor.

Dalam majlis suasana kampung itu, pelakon berumur 35 tahun ini mengenakan songket berwarna hijau zamrud manakala adik iparnya pula menggayakan songket berwarna maroon.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim meluahkan rasa syukur apabila majlis sebelah suaminya berjalan lancar biarpun dalam suasana sederhana.

Selain itu, Reen sempat bergurau dengan mengatakan muka adik iparnya seperti ingin pergi berperang apabila kelihatan sangat serius.

Alhamdulillah selesai majlis sambut menantu sebelah suami. Sederhana itu indah. Tapi aku macam nak pang (tampar) saja adik ipar, dia ingat nak pergi perang ke muka macam itu.

Kena kahwin paksa ke?

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat wajah adik ipar pelakon drama Pujaan Hati Kanda.

Pengguna media sosial juga memuji dengan sikap rendah diri dan ‘santai’ Reen yang tidak kisah berkongsi majlis meskipun bergelar selebriti.

Pada 24 Disember lalu, Reen sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir, 62, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim pada pukul 9.05 malam dengan mas kahwin RM1,988 beserta sedulang barang kemas.

Terdahulu, Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×