Siapa tidak kenal dengan budak perempuan comel bernama Fatimah O. Mukhlis atau lebih mesra dikenali Fatimah, memiliki wajah persis mat salleh. Lagi unik apabila budak kecil itu fasih berbahasa Malaysia dialek Kelate walaupun dibesarkan di United Kingdom.
Baru-baru ini, Fatimah mendapat panggilan telefon dari pengarah Malaysia, Erma Fatima, yang lebih mesra dikenali sebagai Mak Cun. Khabarnya, Mak Cun akan berjumpa Fatimah dan keluarga di Birmingham, UK. Namun, Mak Cun ‘dimarahi’ oleh kanak tersebut kerana memanggil kanak perempuan berkenaan dengan nama Timah.
Timah ‘marah’ Mak Cun
https://www.instagram.com/p/Bf4lV6Sn9Ng/?taken-by=ermafatima
Video ringkas berdurasi seminit ini memuat naik teguran Fatimah kepada Erma Fatima kerana memanggil dengan gelaran Timah. Mak Cun sungguh bangga dengan Fatimah kerana masih tidak melupai bahasa ibunda walaupun ibu dan ayah sudah tinggal di UK selama 14 tahun. Malah, turut membesar 3 orang anak di negara orang.
Mak Cun minta maaf
https://www.instagram.com/p/Bf5DBiBH9-J/?taken-by=ermafatima
Video ini dimuat naik di Instagram Erma yang menyaksikan dia menyunting semula video Fatimah dan memohon maaf kepada kanak tersebut dengan cara bergurau. Sungguh comel lenggok Fatimah kecek Kelate.
Tidak lupa, Fatimah juga berjanji akan melayan Mak Cun dengan masakan Tom Yam sekiranya pengarah ini berjumpa Family UK di sana.
Credit: Ermafatima