berita

[VIDEO] ‘Mak Jangan Panggil Pomen Ya’ – Kereta Sering Rosak, 5 Beradik Hadiahkan Ibu Kereta Baru

August 28th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pepatah ada mengatakan ‘syurga di bawah telapak kaki ibu’, kasih sayang dan pengorbanan mereka kepada anak pastinya tidak ternilai harganya dengan wang ringgit.

Menerusi mStar, seorang ibu telah menerima hadiah sebuah kereta daripada anak-anak serta menantu. Anak-anaknya menghadiahkan ibu kereta baru memandangkan kereta lama sering kali rosak.

Kalau baiki kena keluar duit lagi

Menurut salah seorang menantunya, Muhaszlina Sanip, mereka semua telah merancang sejak dari hari raya Aidiladha untuk memberi kereta sempena ulang tahun kelahiran ibunya itu pada 6 September depan.

Rancangan asal nak bagi kereta masa cuti sempena Hari Kebangsaan hujung minggu ni, tapi buat sekian kalinya kereta mak buat hal pula.

Mak nak panggil pomen (mekanik) untuk datang ke rumah dan baiki kereta. Kami apa lagi, terus cuak sebab rancangan tak menjadi. Kalau baiki, nak kena keluar duit pula kan.

Mak terkejut dapat kereta baru

Apabila tiba-tiba kereta kepunyaan ibunya itu kembali rosak, suaminya terus menghubungi ibunya supaya tidak membaiki kereta tersebut terlebih dahulu.

Kami telefon mak beritahu ‘mak jangan panggil pomen ya’. Nanti minggu ni kami balik tengok kereta mak tu.

Kami berdua bersama seorang adik suami pulang jumpa mak dengan dua kereta. Salah satu kereta tu sebenarnya kejutan hadiah untuk mak.

Mak memang terkejut sangat sebab mak ingat kami balik nak ambil kereta lama mak dan pergi hantar baiki, tapi sebenarnya kami hantar kereta baharu kat mak.

Bukan setakat kereta baharu, nombor pendaftaran kereta pun kami buat sempena tarikh lahir mak.

Lepas ni dah tak risau kereta rosak

Kasihan kami tengok mak setiap kali dia mengadu kereta dia rosak. Kereta lama tu pun suami belikan yang second hand, tapi dah lima tahun jadi kereta tu buat perangai.

Alhamdulillah, mak nampak gembira dengan kereta baharu. Sepanjang tempoh menunggu kami datang, mak asyik tumpang kawan-kawan dia saja.

Harap mak gembira dapat hadiah kereta daripada anak-anak dan menantu- menantu. Harta dunia boleh dicari, tapi mak hanya seorang. Semoga mak lebih selesa dan selamat semasa memandu.

Akhirnya mereka sekeluarga tidak lagi bimbang akan keadaan kereta ibunya yang sering kali rosak.

Sumber: Mstar Online

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×