berita

[VIDEO] ‘Mak Redha..’ – Satu Keluarga Positif Covid-19, Pesakit Kritikal ‘Pergi’ Lepas Video Call Ibu…

May 3rd, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Setiap manusia di atas muka bumi ini tidak dapat lari dari ditimpa ujian. Ujian Allah SWT boleh datang dalam pelbagai bentuk. Bukan sahaja dalam bentuk kesusahan tetapi juga kesenangan. Walau seberat mana pun ujian itu datang, kita perlu menempuhinya dengan penuh kesabaran.

Terbaru, seorang pengguna TikTok memuat naik satu video menceritakan kisah sedih yang menimpa sebuah keluarga apabila disahkan positif Covid-19.

Lepas video call, terus meninggal dunia

Memang tak dapat dinafikan, menjadi seorang pesakit Covid-19 sudah tentu satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan kesemua ahli keluarga. Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, wanita yang dipercayai bertugas sebagai pegawai kesihatan memaklumkan bahawa terdapat seorang pesakit Covid-19 berada dalam keadaan kritikal.

Lebih meruntun hati apabila mengetahui sebenarnya bukan dia seorang sahaja yang positf Covid-19 tetapi ahli keluarga termasuk ibu bapa dan adik beradiknya juga dijangkiti wabak maut itu. Tetapi kesemua ahli keluarganya itu sedang menjalani kuarantin di MAEPS, Serdang dan dia seorang sahaja mendapatkan rawatan di hospital. Namun, siapa sangka tidak sempat berkumpul bersama keluarga tersayang, individu ini telah bertemu sang pencipta.

Sempat video call ibu ayah di MAEPS. Selepas ibunya redha, terus dia menghembuskan nafas terakhir. Alhamdulillah, dia pasti anak yang baik dan soleh, perginya dia dalam bulan mulia.

Si mati dikatakan sempat video call bersama ahli keluarganya yang lain dan selepas ibu mengeluarkan perkataan ‘mak redha’, individu ini ‘pergi’ buat selama-lamanya.

Semoga ahli keluarga tabah

@nunus106semoga keluarganya yg lain terus kuat utk hadapi nya..fight for covid-19 ##covid19 ##frontlinerlife? Bila Tiba – Ungu

Sedihnya…

Sumber: Nunus106

 

SKIP THIS AD ×