berita

[Video] Mak Tradisional & Mak Moden Serta BFF, Kongsi Tips Perkahwinan ‘TAHAN’ Lama..Alamak Blushing..

January 13th, 2017 | by Epul
Kini Trending

screen-shot-2016-12-15-at-4-42-04-pm

Bila dah masuk umur 20-an ni mesti korang akan dilema dengan soalan-soalan yang rasa macam malas nak jawab. Contohnya soalan bila nak kahwin? lepas tu yang dah kahwin, dia tanya pula bila nak dapat anak dan soalan akan berlanjutan.

Tapi kami ada la buat kajian juga, macam mana seorang ibu menasihatkan anak dia sebelum kahwin. Ala perbualan yang menamatkan zaman bujang korang tu, lebih lagi untuk gadis-gadis.

So nak tau apa rahsia mak-mak dulu dengan mak-mak zaman sekarang, juga macam mana nak kongsi tips dengan member baik korang pasal perkahwinan. Meh kami nak kongsi.

1. Kene pandai masak

cook-well

(Gambar sekadar hiasan)

Dalam sesebuah perkahwinan, aktiviti makan bersama seharusnya dilakukan bersama bagi yang termampu. Waktu makan merupakan waktu yang dikatakan sangat sesuai untuk korang kongsikan dan luahkan perasaan.

Jadi kalau si isteri selalu biarkan suami makan di kedai tom yam, jadinya pelayan restoran la yang untung. Hehehe. Masak la dan jagalah perut suami korang tu nanti, kalau tak order je home delivery.

2. Jaga pemakanan

eat-healthy

(Gambar sekadar hiasan)

Ha! Kalau tadi kena tau masak, kali ni perlu la jaga pemakanan tak kira la untuk diri sendiri atau suami. Tak kan korang nak sumbat je semua jenis makanan dalam perut suami kan.

Nanti bila dah boroi atau naik berat badan susah nak buat kerja-kerja berat. Korang pun nanti susah nak buat kerja rumah kan. So jaga pemakanan dan makan makanan yang sihat je tau.

3. Perlu kemas dan cantik

make-up-giphy

(Gambar sekadar hiasan)

Yes! Tips seterusnya sangat mudah, iaitu jaga penampilan dan sentiasa kemas luar dalam. Benda ni sangat mudah tapi jangan diambil mudah.

Cuba tanya diri sendiri, kalau korang tengok orang serabai apa yang korang rasa? Mesti rasa serabai gak kan. So kekal cantik confirm perkahwinan akan tahan lama.

4. Sharing is caring

sharing

(Gambar sekadar hiasan)

Seterusnya, kongsi pahit manis dalam berumah tangga dan tak perlu ada rahsia antara pasangan. Masalah akan timbul bila masing-masing ada simpan rahsia, lagi-lagi kalau dapat tahu si suami ada BFF perempuan.

Come on la, give and take dalam perhubungan so tak akan ada yang sakit hati.

5. Doa dan sentiasa bersyukur…

muslim-woman-praying-1

(Gambar sekadar hiasan)

Tips yang paling penting, doa dan bersyukur. Jangan la kita sibuk dengan jiran yang tukar perabot tiap tahun, sebaliknya mohon keluarga korang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Bak kata pepatah ‘ukur baju di badan sendiri’. Tak kan awak pakai saiz 3XL, nak pakai saiz XS kan. So faham-faham sudah la, hahaha jangan marah yea.

6. Sihat tubuh badan barulah boleh perform!

strong-giphy

(Gambar sekadar hiasan)

Bila semua tips di atas tu korang dah buat, maka tiada masalah untuk ‘perform’ kan. Bila tubuh sihat tak ada masalah nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri atau sebagai seorang suami, barulah rumah tangga bahagia.

Tapi harus diingat, sihat zahir dan batin tu yang paling penting khususnya wanita di luar sana. Berapa pH yang korang gunakan untuk cucian tempat sulit tu? Pastikan korang mendapat nasihat dan produk yang betul tau.

Lactacyd, lebih pekat, lebih ketat & lebih ekonomi..Wah!

screen-shot-2016-12-15-at-2-33-05-pm

(Antara produk keluaran Lactacyd)

Memperkenalkan produk yang sedang hangat diperkatakan oleh kaum hawa di luar sana. Lactacyd merupakan pakar pembersih wanita yang terhangat di pasaran. Kini lebih pekat dengan wangian ekstrak susu dan diperkaya dengan bahan-bahan semulajadi tau.

Selain itu, botolnya juga telah diperbaharui dengan rekaan mudah pegang dan yang paling penting tutup yang ketat. Bila ketat maka tak akan ada masalah tertumpah dalam beg atau sebagainya. Teksturenya yang pekat juga menjimatkan lagi penggunaannya.

Kesimpulannya, korang perlukan produk yang berkualiti untuk hasil yang lebih hebat. Betul tak?! So kalau nak tau dengan lebih lanjut mengenai Lactacyd jangan malu jangan segan, layari sahaja laman sesawang mereka di Lactacyd atau layari Facebook mereka.(Klik Sini)

Wah! Korang boleh request sample produk Lactacyd ni tau. Cuba korang klik sini dan follow arahan seterusnya. Selamat mencuba!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×