Hantaran usahawan terkenal Amirah Aqilah meraih perhatian selepas menikmati hidangan mewah di sebuah restoran bersama View Chin.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amirah & View Chin Mesra Berbuka Puasa Di Rumah Ibu, Netizen Mohon Hentikan Kecaman – ‘Harap Terjawablah Status Mereka’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Tak Nak Gaduh, Mahu Jaga Anak & Teruskan Kehidupan Masing-Masing’ – View Chin Jawab Isu Ada ‘Chemistry’ Dengan Bekas Isteri

Amirah mengidam?

@amirahhfirdaus_view Benda paling best mengidam ada org tunaikn, rasa bahagia?? @VIEW Chin #fyppppppppppppppppppppppp #viral #fypp #fyp #fypagetiktok ? original sound – Amirah Aqilah (VIEW)

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amirah dan View Chin dilihat sedang makan malam bersama.

Video berdurasi selama 53 saat itu menunjukkan kos perbelanjaan makan malam mereka yang hampir mencecah RM1,000.

Benda paling best mengidam ada orang tunaikan.

Rasa bahagia.

Bagaimanapun, hantaran itu meraih perhatian apabila netizen mendakwa Amirah memberi petunjuk sedang berbadan dua.

Netizen doakan

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata netizen masih berteka-teki dengan kenyataan yang tidak jelas mengenai keadaan Amirah yang sedang hamil atau tidak. Selain itu, warganet turut mendoakan agar dipermudahkan urusan buat kedua-duanya.

Sumber: TikTok @AmirahAqilah