berita

[VIDEO] ‘Makcik, Sila Hati-Hati Bila Ada Kuku Panjang’ – Jari Anak Shakilla Khoriri Luka Ketika Bersalaman Raya

April 28th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon, Shakilla Khoriri berkongsi sebuah video yang memaparkan terdapat kesan luka di jari anaknya yang dipercayai terkena kuku panjang semasa bersalaman.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Suka Tengok Fizi Ali & Shakilla Khoriri Utamakan Anak, Doa Moga Kembali Bersama

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shakilla Khoriri & Fizi Ali Hantar Anak Sekolah, Netizen Pula Sebak Tengok – ‘Kejap Saja Dah Besar’

Artikel Berkaitan: ‘Bila Dia Salam Rasa Macam Nak Akad Nikah Pula’ – Netizen Dakwa Fizi Ali Bagi ‘Hint’ Nak Kahwin?

Kuku panjang & tajam

Menerusi hantaran video di TikTok, pemilik nama sebenar Nurul Shakilla Mohd Khoriri ini ternampak kesan luka di ibu jari tangan anaknya, Ameena Sofia. Dia kemudian, menyoal anak perempuannya itu tentang kesan luka tersebut.

Menurut Ameena, luka di jarinya itu adalah disebabkan terkena kuku yang panjang dan tajam ketika dia bersalaman.

Ameena salam orang, kuku dia tajam.

Bagaimanapun, menurut anaknya yang berusia empat tahun itu, lukanya telah pun dirawat oleh bekas suaminya, Fizi Ali dengan meletakkan plaster luka.

Rentetan perkongsian itu, aktres berusia 34 tahun ini memberi peringatan kepada kaum wanita di luar sana supaya berhati-hati jika mempunyai kuku yang panjang sehingga mencederakan anak-anak.

Makcik-makcik cantik sekalian, sila hati-hati bila punya kuku yang panjang ya. Takut selepas ini terpancung pulak kepala anak-anak.

‘Salam ke cakar?’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa kesian dan simpati terhadap Ameena, malah ada juga yang menyoalkan kesan luka tersebut seperti disengajakan.

@shakillakhoriri

Makcik-makcik cantik sekalian, sila hati-hati bila PUNYA kuku yang panjang yerrr.. takut next time terpancung pulak kepala anak-anak. Ngaborkan nak cantik pun dihari raya ??????????????????????????

? original sound – SHAKILLA KHORIRI – SHAKILLA KHORIRI

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×