Vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat berkongsi keadaan terkininya selepas terpalit isu kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan pada 2019.
Artikel Berkaitan: ‘Dalam Tempoh Enam Bulan Memang Banyak Perubahan’ – Mamat Exist Tenang & Sihat Di Pengasih
Tekad nak berubah
@dolspodcast Kepayahan Mamat Exist untuk pulih. Jadikan pengajara dan iktibar. Layan Episod 54, di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. NAK BELAJAR BUAT SIDE INCOME ? BOLEH FOLLOW @Fokiyoks @shuibsepahtu @shuksahar @Mamatsepah_Nana @Fizie Roslan #DolsPodcast ? Tragic Story – Scorpiano
Menerusi perkongsian bersama Dol’s Podcast yang dikendalikan Shuib, Mamat Sepah dan Fizie Roslan, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin berkata dia kini sudah hampir enam bulan di bawah jagaan pusat pengasih.
Tambah Mamat, dia yang mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak berusia 16 tahun tekad mahu berubah selepas mendapat layanan yang begitu baik sepanjang di rumah pengasih.
Sebenarnya, saya mula ambil bahan terlarang ini kalau tak silap adalah daripada umur saya 16 atau 17 tahun, macam itu lah.
Sekarang ini saya berada di bawah jagaan dan pantauan pusat pengasih sudah enam bulan.
Bila saya sampai di pengasih, sambutan dan layanan yang diberikan kepada saya sangat baik.
Jadi, perkara itu membuatkan kita semua ini hormat satu-sama lain dan sentiasa ada sebagai satu ‘keluarga’.
Disebabkan itu juga membuatkan saya lagi bersemangat nak berubah dan tak putus asa.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Rahsia Pohon Cemara’ ini sempat berkongsi aktiviti harian yang dilakukannya sepanjang enam bulan mendapatkan rawatan di rumah pengasih.
Setiap hari, kami akan bangun sebelum waktu subuh untuk mandi sebelum mendirikan solat subuh berjemaah.
Di sana, saya merupakan salah seorang koordinator dan akan menguruskan setiap aktiviti yang akan dilakukan oleh penghuni yang lain.
Antara aktiviti yang kami lakukan ialah solat lima waktu berjemaah dan kelas mengaji al-Quran.
Kalau nak kata soal tempat, banyak yang boleh bantu kita berubah tapi untuk saya yang terbaik sekarang ini ialah pusat pengasih. Buat orang yang nak berubah, pengasihlah tempatnya.
Video penuh
Terdahulu, Mamat dikenakan hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan mengambil dadah pada 2019. Di Mahkamah Sesyen, Mamat dijatuhi hukuman denda RM4,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Hakim Fatimah Zahari turut memerintahkan Mamat menjalani dua tahun pengawasan di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong, Pahang untuk rawatan dan pemulihan.
Sumber: Dol’s Podcast