berita

Video : Manifesto Lancar Lagu Raya, Raya Yang Happy

August 15th, 2013 | by Ai
Video Popular

Manifesto

Pastinya umat Islam di Malaysia sekarang masih lagi didalam mood raya kan? Sudah memasuki raya yang kelapan, mungkin ada yang masih bercuti dan ada juga yang sudah masuk bekerja. Tapi, bagi mereka yang sudah hilang mood raya, mungkin lagu raya boleh mengembalikan perasaan untuk beraya lagi?

Terbaru, Manifesto yang dianggotai oleh Tomok sebagai vokalis kumpulan tersebut telah melancarkan sebuah lagu raya yang berjudul Raya Yang Happy.

Lagu ini sememangnya mempunyai keunikan yang tersendiri kerana muziknya mempunyai unsur tradisional dan moden. Tak cukup disitu, liriknya juga mengandungi unsur-unsur jenaka dan juga mencerminkan kemeriahan ketika sambutan hari raya.

Dimuatnaik  ke laman Youtube pada penghujung bulan Julai, Raya Yang Happy telah menerima banyak respon positif dari para peminat.

Screen Shot 2013-08-05 at 12.24.36 PM Screen Shot 2013-08-05 at 12.24.45 PM Screen Shot 2013-08-05 at 12.24.52 PM

Menerusi video yang sama, kumpulan Manifesto dijangka akan melancarkan album mereka selepas bulan Syawal ini dan kami pasti ianya akan sarat dengan lagu-lagu yang berkualiti.

Jadi, apa kata anda dengar lagu raya Manifest0 – Raya Yang Happy selepas ini? Kami suka! Apa pula kata anda?

SKIP THIS AD ×