berita

[VIDEO] Marissa Berkumpul Bersama Keluarga, Norman Hakim Suap Makanan & Abby Abadi Peluk Cium

February 23rd, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

marissa kumpul semula

Betul atau tidak anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania sudah bernikah dengan Ahmad Aslam di Thailand masih belum terjawab sehingga hari ini.

Artikel Berkaitan: ‘Betul Marissa Dania Hakim & Aslam Nikah Di Songkhla Thailand’

Artikel Berkaitan: Marissa & Aslam Nikah 17 Disember Lalu, Enggan Turuti Permintaan Norman & Abby Abadi Suruh Berpisah

Kembali kepada keluarga?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Terbaru, Marissa dilihat kembali berkumpul bersama keluarganya ketika menghadiri majlis previe bufet Ramadan yang diadakan di Summit Hotel Subang USJ, Selangor.

Video yang merakam momen bahagia itu dimuat naik di Instagram isteri kepada Norman iaitu Memey Suhaiza, pada malam Khamis. Keluarga Norman dan Abby sepakat sedondon mengenakan pakaian berwarna coklat.

Menerusi rakaman itu, Norman dilihat menyuap makanan ke mulut Marissa dan diikuti kepada anak perempuan bongsunya, Marissa Danisha Hakim.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan juga memeluk dan mengucup pipi Marissa seakan menggambarkan hubungan mereka sudah kembali erat.

Pempengaruh berumur 19 tahun itu memeluk erat adik-beradiknya seperti melepaskan rindu yang terbuku di dalam hati.

Selain itu, abang sulung, Danish Hakim dan suami kepada Abby iaitu Muhammad Faizal Zakaria turut sertai acara tersebut.

Difahamkan, Marissa kini sudah kembali mengikuti Instagram Norman dan Abby di mana sebelum ini didakwa sudah ‘unfollow’ kedua-dua akaun tersebut.

Anak itu dugaan Allah

abby norman

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet bersyukur melihat ‘bonding’ keluarga besar ini selain memuji dengan sikap Norman dan Abby yang kuat berdepan dengan dugaan anak.

Masya-Allah ibu bapa yang memahami bahawa anak itu dugaan Allah. Anak itu ladang pahala. Yang buruk tak semesti jahat sebab kita semua manusia yang tak lari dari buat silap. Tidak mudah tetapi begitulah dugaan ke atas hamba yang berlapang dada. Moga semuanya menjadi baik sahaja. Insya-Allah.

Ujian yang kuat untuk keluarga yang hebat. Masya-Allah. Semoga Allah sentiasa menjaga ukhuwah dengan penuh kasih sayang dan redanya.

Masya-Allah biarkan apa saja orang berkata. Hanya mereka dan Allah saja tahu betapa mereka sedaya upaya berdamai dengan takdir.

Mereka pun perlu bahagia, semua dah diatur baik dengan Allah yang Maha Mengetahui. Alhamdulillah.

Terdahulu, kisah perkahwinan Marissa dan Aslam menjadi bualan hangat apabila mereka dikatakan sudah pun bernikah di Songkhla, Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan dan keluarga Marissa.

Sekadar info, kisah anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia menjadi orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga Misya.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

Pada November tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun.

Menerusi ciapan di X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila Misya mendakwa Marissa telah ‘check-in’ dengan bekas suaminya (ketika itu). Mengukuhkan lagi dakwaan itu, Misya mendedahkan sekali bukti resit.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×