Baru-baru ini, tular satu video memaparkan anak kepada pelakon dan penyanyi, Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang menjadi model bagi sebuah jenama pakaian tempatan sehinggakan menjadi perhatian wargamaya di media sosial.
Artikel Berkaitan: Pergi Bank Dengan Anak, Norman Hakim Disangka Curang & Keluar Dating Bersama Teman Wanita
Peragakan ‘design’ baju raya terbaharu
@leeyanarahman.co Tengok depan2 lagi helokk dia ni ?? #fyp #foryou #leeyanaraya2024 #shouldbeme #LEEYANARAHMAN #tiktokavatars #fypage #leeyanarahmanpreraya2024 ? original sound – Leeyanarahman
Menerusi video yang dimuat naik laman rasmi LeeyanaRahman, Marissa dilihat memperagakan koleksi tudung dan busana terbaharu sempena perayaan Aidilfitri yang bakal dijual jenama pakaian tersebut tidak lama lagi.
Dapat dilihat, gadis berusia 19 tahun itu begitu cantik sewaktu melakukan pertunjukan ‘catwalk’ sambil mengenakan baju dan tudun berona kelabu di hadapan tetamu yang hadir.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terpesona dengan kecantikan yang ada pada Marissa.
Netizen juga mengatakan raut wajahnya yang jelita itu kelihatan persis seperti ibunya sewaktu zaman muda satu ketika dahulu.
Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang mengungkit semula kontroversi lama melibatkan Marissa.
Terdahulu, Marissa menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia merupakan orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Misya.
Komen netizen
Sumber: TikTok LeeyanaRahman