Artikel Berkaitan: ‘Tiada Istilah Anak Tiri Sebab Saya Sayang Semua Seperti Anak Sendiri’ – Ungku Ismail
Artikel Berkaitan: ‘Hidup Banyak Berubah Selepas Kahwin & Semakin Tenang Berbanding Dulu’ – Nad Zainal
Artikel Berkaitan: Ungku Ismail Luah Rasa Syukur, Nad Zainal Selamat Bersalin Anak Lelaki – ‘Welcome My Son’
Guru besar in action
Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik oleh Nad Zainal di Instagram, Ungku Ismail dilihat sedang duduk dan berada di meja makan sambil mengajar anaknya mengaji Iqra dengan cara yang betul.
Masa macam ni yang lain auto jadi pendiam. Takut kami pula kena baca iqra tu. Kaki dia tu…Aku ni dahaga nak ke dapur pun takut tengok.
Guru besar in action. Subjek matematik dah boleh lepas. Sekarang Iqra. Satu je nak cakap. Yem, kalau agak-agak memerlukan bantuan, buat batuk tiga kali ok? Mommy orderkan kopi dekat abah supaya dia rehat.
Ujar Nad, dia dan anak-anak yang lain berasa takut dan terus menjadi pendiam sebaik sahaja melihat momen suaminya sedang mengajar.
Terdahulu, Ungku memberitahu tiada istilah anak tiri dalam kamus hidupnya. Ini kerana, dia sangat menyayangi Fahad Ibrahim, 8, dan Budi Kalsom, 4 seperti anak kandung.
Tiada istilah anak tiri sebab saya sayang semua seperti anak sendiri. Saya tak sebut anak tiri tu dan kalau orang tanya anak-anak macam mana, saya akan beritahu ketiga-tiga anak sihat.
Semua anak Nad, kami jaga bersama-sama. Tentulah separuh daripada diri mereka tu dengan ayah kandungnya dan separuh lagi dengan Nad. Mungkin saya bukan bapa kandung tapi mereka adalah anak-anak kami.
Anak kandung saya pun, Ungku Indra Puteh pun bila dah besar nanti, saya layan sama saja seperti anak-anak yang lain.
Tambah Ungku Ismail, dia bersyukur kerana Fahad dan Budi sangat menerimanya dengan baik.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Nad Zainal