berita

[VIDEO] Maut Kemalangan Pada Tahun 1995, Ibu Nike Ardilla Sebak Jumpa ‘Kembar’ Anaknya Lepas 26 Tahun

June 26th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Umum sedia maklum, penyanyi terkenal Indonesia Nike Ardilla telah meninggal dunia ketika usianya 19 tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 1995. Insiden melibatkan penyanyi Ku Tak Akan Bersuara itu telah mengejutkan ramai pihak termasuklah ahli keluarga dan peminat.

Hari ini genap 26 tahun negara Indonesia kehilangan bintang yang cukup berbakat dalam industri nyanyian tanah air. Namun kembali menjadi perhatian ramai apabila muncul seorang gadis yang mirip dengan Nike Ardilla.

Nike Ardilla bagai dilahirkan semula

Gadis yang dikenali Amel itu dikatakan mempunyai wajah mirip dengan Nike Ardilla. Bukan sahaja memiliki rambut yang kurang sama, malah, wajah dan senyuman Amel juga dikatakan sama dengan arwah Nike Ardilla yang dilahirkan semula. Difahamkan juga ibu kepada penyanyi itu hanya mendapat berita kematian Nike Ardilla selepas tiga hari selesai upacara pengebumian anaknya.

Menangis jumpa Amel

Lebih sebak lagi apabila ibu kepada Nike Ardilla iaitu Puan Nining Nigsirat menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Amel secara bersemuka. Pemergian anaknya itu pada usia muda pasti membuatkan hati ibu ini dirundung rindu.

Dalam pertemuan dengan Amel itu, ibu kepada Nike Ardilla ini menangis kerana seolah-olah menyaksikan susuk tubuh anaknya benar-benar berada di depan matanya.

Detik pertemuan ‘Nike Ardilla’ bersama keluarga

Sumber: DEBATERUS

SKIP THIS AD ×