berita

Video: Medley Metallica Dari Mira Fana Terbaik?

August 29th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-08-29 at 15.43.21

Sudah beberapa minggu kumpulan rock heavy metal, Metallica datang menghiburkan peminat-peminat di Malaysia tapi nampaknya demam Metallica masih belum surut lagi.

Baru-baru ini peminat kumpulan itu kembali dihiburkan dengan sebuah video rakaman seorang gadis sedang menggoreng gitar memainkan lagu-lagu Metallica bersama seorang lelaki dipercayai abangnya.

Walaupun video berjudul Not Your Typical Metallica Medley itu telah dikongsikan beberapa hari sebelum Metallica membuat persembahan di Malaysia, namun sehingga hari ini masih ada lagi yang menonton video itu.

Screen Shot 2013-08-29 at 15.43.59

Screen Shot 2013-08-29 at 15.52.24

Tidak dapat dinafikan bahawa bakat yang ada pada mereka memang luarbiasa. Lihat sahaja kecekapan mereka memetik tali gitar elektrik sambil memainkan sembilan buah lagu sekaligus antaranya Metal Militia, Ride the Lightning, Disposable Heroes, To Live Is To Die, Holier Than Thou, Ain’t My Bitch, The Memory Remanis, Some Kind of Monster dan My Apocalypse.

Gadis yang bernama Mira Fana ini difahamkan memang meminati muzik heavy metal dan sering berkongsi video cover memainkan lagu-lagu tersebut di YouTube.

Kalau anda nak tahu hebat atau tidak mereka bermain gitar, jom layan video di bawah ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×