berita

Video : Miera Liyana Muncul Dalam Video Klip ‘Dia Lydia’

October 30th, 2012 | by Ai
Kini Trending

“Dia Lydia Lydia Lydia…” Wah! beruntungnya si cantik yang memiliki nama “Lydia” ini. Kelunakkan suara vokalis kumpulan Klangit Band ini sedikit sebanyak meruntun kalbu setiap pendengar yang mendengar bait-bait liriknya.

Dibawah label Sony Music arahan syarikat Rotikaya, video klip rasmi terbaru “Dia Lydia” kini ditayangkan di MTV Musika yang berdurasi selama 3.22 minit. Pengambaran ini dijalankan di sekitar kawasan bangsar dan melibatkan beberapa lokasi butik rumah pengantin yang dihiasi dengan busana-busana indah.

Pakaian yang dipakai oleh Klangit Band ini juga merupakan pilihan dan tetapan kumpulan ini sendiri dimana kekal dengan trademarknya kasut “Dr Martin”, seluar skinny dan kemeja plain. Atas arahan syarikat Roti Kaya, Miera Liyana atau lebih mesra dengan panggilan Meera itu tampil dalam video klip “Dia Lydia” sebagai sebuah patung yang hidup pada waktu malam dan kembali menjadi patung selepas menjelmanya siang.

Nak tahu lebih lanjut? Mari tonton MTV muzik video eksklusif Klangit Band berjudul ‘Dia Lydia’ selepas ini! Nantikan video klipnya di Youtube akan datang…

SKIP THIS AD ×