berita

[VIDEO] Meerqeen Beli Kereta Pada Usia 22 Tahun, Netizen Bangga Tengok Hasil Kerja Keras

May 10th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Kejayaan yang dikecapi oleh Meerqeen amatlah dikagumi oleh ramai. Dengan usianya yang masih muda, pelbagai pencapaian yang telah dicapai dengan bakat yang dimilikinya.

Begitulah apabila baru-baru ini, Meerqeen dilihat membeli sebuah kereta yang meraih perhatian netizen.

Artikel Berkaitan: Murah Rezeki.. Meerqeen Bangga Jadi Artis Malaysia Pertama Untuk Duta Jenama Antarabangsa

Artikel Berkaitan: ‘Bodyguard Bantu Saya Kawal Diri Supaya Tak Lakukan Perkara Buruk Secara Tidak Sedar’ – Meerqeen

Artikel Berkaitan: Meerqeen Bangga Wajah Terpampang Di Papan Iklan Gergasi, Setanding Jenama Antarabangsa

Pencapaian di usia muda

Menerusi perkongsian di TikTok, suami kepada pelakon jelita, Anzalna iaitu Hanif Zaki memuat naik gambar bersama Meerqeen yang membuat urusan pembelian kereta dengannya.

Dalam pada itu, Hanif sempat memuji keperibadian Meerqeen yang dikatakan sangat menghormati orang.

Gembira melakukan business dengan Meerqeen. Sopan dan pandai hormat orang.

@hanif_zakii

Had a pleasure doing business with @Meerqeen . Indeed, sopan dan pandai hormat org. Thanks for buying with us the best Mitsubishi Dealer in Malaysia. @EON Auto Mart Ampang #Mitsubishi #Triton

? DUKA SEBALIK TAWA – PUTERI KHAREEZA

Bangga dengan Meme

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bangga dengan kejayaan Meerqeen atau lebih mesra dengan panggilannya Meme dalam kalangan peminat. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang terus mendoakan rezeki pelakon ‘Melur Untuk Firdaus’ itu terus berkembang.

Sumber: TikTok @hanif_zakii

SKIP THIS AD ×