berita

[VIDEO] Mek Yun Kongsi Tradisi & Kepercayaan Gantung Tanglung, Pakai Merah, ‘Pocket Money’ Serta Angpau

February 10th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Mek Yun

Pempengaruh dan pelakon, Mek Yun berkongsi beberapa tradisi dan kepercayaan yang dilakukan setiap kali menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mek Yun & Ibu Dakwa Diekori Lelaki Warga Asing – ‘Dia Nampak Tengah Rekod, Terus Blah’

Artikel Berkaitan: ‘TikTok Bawa Saya Lebih Dekat Dengan Keluarga’ – Mek Yun

Tanglung, angapo, warna merah

Mek Yun

Menerusi hantaran di TikTok, Mek Yun mendapatkan penjelasan daripada ibunya mengenai tradisi menggantung tanglung dalam kawasan rumah dan pemilihan warna merah.

Kata ibu Mek Yun, tujuan menggantung tanglung adalah untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina selain percaya amalan tersebut akan membawa kebahagiaan dalam keluarga.

Tambahnya, warna merah yang sudah menjadi warna rasmi setiap kali perayaan tersebut pula dianggap sebagai membawa ‘ong’ atau kekayaaan.

Cerita turun-menurun tapi lain orang lain pendapatnya. Kita gantung tanglung kiri dan kanan di hadapan rumah, gantung secara sepasang.

Tujuannya untuk memeriahkan lagi suasana hari raya dan juga membawa kebahagian dalam keluarga. Sebab itu juga semua warna merah, luar rumah merah, dalam rumah merah.

Maksud merah kira bawa ‘ong’ (kekayaan), ada juga kepercayaan untuk membuang perkara-perkara halus.

Dalam hantaran sama, ibu Mek Yun turut berkongsi kepercayaan menggantung ‘pocket money’ di pokok dan pemberian angpau.

‘Pocket money’ untuk mejemput atau membawa perkara-perkara yang baik masuk dalam rumah. Yang tak baik kita buang.

Kita juga percaya dengan memberi angpau dalam jumlah yang genap. Contoh 2, 4, 6 supaya hidup kita akan jadi sempurna.

Justeru, ibu Mek Yun berharap tradisi dan amalan tersebut akan diteruskan oleh generasi mereka yang akan datang.

Mak harap Mek Yun akan kekalkan tradisi ini hingga sampai anak cucu.

Sekadar info, Tahun Baru Cina merupakan perayaan penting bagi masyarakat Cina di seluruh dunia. Perayaan yang disambut setiap tahun ini merupakan simbolik kedatangan tahun baru mengikut kalendar lunar.

Video

@mekyunnnnHaa sebab tu korang selalu nampak kaum Cina akan gantung tanglung, pakai merah & bagi angpao time CNY?? Apa lagi yang korang nak tahu tentang CNY? ?? Chinese-style Guzheng and flute(1205137) – Chau

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×