berita

[VIDEO] Mekah Jadi Sasaran Pemberontak, Dua Peluru Berpandu Berjaya Dipintas

May 22nd, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Kota suci Mekah menerima serangan mengejut dua peluru berpandu balistik yang didakwa dilancarkan oleh militan Houthi dari Yaman. Walaubagaimanapun, peluru berpandu tersebut berjaya dipintaskan dan dimusnahkan Pasukan Pertahanan Udara Arab Saudi.

Dilancarkan oleh militan Houthi

Menerusi laporan Gulf Business, dua peluru berpandu balistik telah disasarkan ke Mekah dan Jeddah. Bagaimanapun, Pasukan Pertahanan Udara Arab Saudi berjaya memintas dan memusnahkan dua peluru berpandu balistik yang disasarkan ke kota suci Mekah dan Jeddah.

Serangan tersebut didakwa dilancarkan oleh militan Houthi dari Yaman. Jurucakap tentera Gabungan Arab melaporkan misil tersebut dilancarkan menuju ke Mekah dan Jeddah.

Ia dimusnahkan di ruang udara Taif dan serpihan projektil pertama jatuh di Wadi Jalil, sebuah lembah luas menuju ke Mekah.

Peluru kedua berjaya dipintas

https://www.facebook.com/saudiexpatriatesblog/videos/373972193231678/

Menerusi rakaman video ini, peluru berpandu kedua dipintas dan dimusnahkan di ruang udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah. Kedutaan kerajaan di Washington turut mengesahkan pasukan udara negara mereka memintas dua peluru berpandu buatan Iran oleh Houthi di wilayah Mekah.

Sementara itu, Yaman menegaskan bahawa percubaan serangan ke atas Mekah merupakan tindakan pengganas.

#HouthisStrikeMecca

Sementara itu, masyarakat Arab Saudi meminta agar seluruh umat islam supaya mendoakan kesejahteraan kota suci itu dari sebarang musibah atau mana-mana serangan.

Sumber: Gulf Business

SKIP THIS AD ×