Trio pelawak adik-beradik, kumpulan Zero menolak dakwaan tentang pembubaran mereka walaupun sudah lama tidak bersama sebagai sebuah kumpulan.
Artikel Berkaitan: Atu Zero Belum Terima Bayaran, RM30,000 Dibekukan
Artikel Berkaitan: Fenomena Baharu! Ketawa Pecah Perut Bersama Pelawak Terkenal Malaysia & Indonesia Di Konsert Muzika Lawak Nusantara
Nafi berpecah
Menurut Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadir Doli Sharif berkata kontroversi tersebut khabar angin semata-mata dan menjelaskan bahawa pepecahan mereka sebelum ini hanyalah sementara bagi menjayakan sebuah program.
Memang betul kami sudah berpecah tapi berpecah untuk sementara. Sebelum ini ketika kami memasuki sebuah program kami berpecah dan masuk kumpulan lain untuk projek istimewa.
Jadi kami berpecah disitu sahaja bukan berpecah terus untuk selamanya sebab kami adik-beradik takkan lah kami nak berpecah.
Isu yang anda dengar kami berpecah sebab ada pertengkaran dan tak sehaluan memang itu hanya khabar angin dan tak betul sama sekali.
Dalam pada itu, mereka mendedahkan bahawa perkara tersebut juga sampai ke telinga ibu mereka sehingga menimbulkan kebimbangan.
Ada juga pihak yang mengetahui tentang desas-desus ini yang terus menelefon kami dan kami sudah jelaskan. Perkara ini bukan dari kami, kadang-kadang orang cuma buat konten.
Ibu kami pun sampai rasa lain. Pada tahun 2020 kami nak mencuba sesuatu yang baharu sebab itu kami berpecah jadi peminat kami ada yang ingat kami berpecah dan berita itu sampai kepada ibu kami lalu dia terus bertanya. Kami jelaskan kami hanya mahu lakukan kelainan.
Matlamat yang berbeza
Sementara itu, Atu juga berkata sebagai anak seni mereka mempunyai sasaran dan matlamat masing-masing dalam kerjaya. Oleh itu, mereka kadang kala perlu mencari peluang sendiri selain bergerak secara kumpulan.
Tidak semestinya satu program itu kami bertiga. Kami semua ada target masing-masing, macam saya minat berlakon, macam Melati dia minat berniaga dan persembahan tetapi jarang terlibat dengan penggambaran. Sharif pula mahu mencuba semua.
Kami tak boleh selesa dengan kumpulan ini sahaja. Kami perlu bekerja dengan orang lain baru kami tahu kekuatan kami dekat mana.
Zero berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media Konsert Muzika Lawak Nusantara baru-baru ini.
Bakal mengubati hati peminat, Sharif dan Atu teruja akan bersatu semula bersama Melati di pentas konsert tersebut yang bakal berlangsung di Stadium Malawati pada 19 Ogos depan.
Kami yang sebenarnya merindui untuk menghiburkan peminat kami. Jadi apa yang kami buat ini khusus buat mereka yang meminati dan menyokong kami serta buat peminat pelawak tanah air yang lain.
Sekadar info, buat julung kalinya Konsert Muzika Lawak Nusantara bakal menggabungkan pelawak-pelawak dari Malaysia iaitu kumpulan Bocey dan Zero bersama tiga pelawak terkenal Indonesia iaitu Sule, Rina Nose dan Azis Gagap.