berita

[VIDEO] Mengamuk Anak Mati Kena Langgar…

September 2nd, 2020 | by AnisAffandi
Kini Trending

Satu video memaparkan seekor gajah betina ‘mengamuk’ selepas anaknya dipercayai mati dilanggar sebuah kereta menjadi perhatian netizen tidak kurang juga ada yang turut bersimpati dengan gajah itu. Anak gajah seberat 300 kg itu sebahagian dari sekumpulan beberapa gajah dari Kumpulan Gajah Panti yang masih berada di sekitar Jalan Kota Tinggi, Mersing itu.

Tindakan segera diambil

Menurut laporan Berita Harian, setelah menerima aduan, satu pasukan petugas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor telah dihantar ke lokasi kejadian.

Buat masa ini, gajah betina yang mengamuk itu bagaimanapun telah dimasukkan semula ke dalam Hutan Simpan Kekal Panti bersama kumpulannya. Tambah Pengarah PERHILITAN Johor, Salman Saaban, pihak mereka masih di tempat kejadian bagi memantau keadaan jika terdapat lagi kehadiran gajah betina itu di situ.

Berhati-hati lalu jalan itu

Sebuah kereta remuk dalam kemalangan yang berlaku itu dan ada yang mengatakan ianya berpunca dari kereta itu sendiri. Menurut Salman, lokasi kejadian merupakan kawasan yang sering menjadi laluan gajah melintas iaitu di antara Batu 4 hingga Batu 14, Jalan Kota Tinggi Mersing dan ini juga merupakan kes kedua di mana tahun lalu seekor gajah juga mati dilanggar di Batu 13.

Sehubungan itu, pihak mereka memohon agar orang ramai yang melalui jalan itu supaya berhati-hati dan tidak melakukan sebarang provokasi terhadap gajah yang terdapat di situ. Segala maklumat atau aduan juga boleh disalurkan ke Talian Hotline Jabatan PERHILITAN di 1800-88-5151.

Sumber : Jabatan PERHILITAN , Berita Harian

SKIP THIS AD ×