Anak adalah anugerah terindah dalam kehidupan berumah tangga bagi pasangan suami isteri. Namun ujian juga boleh didatangkan menerusi zuriat yang dikurniakan. Sebagai hamba-Nya, kita harus tabah dan dan tidak mudah berputus asa berhadapan ujian diberikan Allah SWT.
Seperti yang sedia maklum, aktres Zarina Zainuddin mempunyai anak kembar autism, Azal dan Azil. Video bersiri yang dimuatnaik pelakon ini mengenai anak syurganya itu mengundang simpati dan kekaguman netizen tentang ketabahannya.
Azil tengok Azal takda dia mengamuk
https://www.instagram.com/p/BbdjDzDAWY1/?taken-by=zarinazainuddin_
Azil si adik dilihat mengamuk sehingga memukul-mukul diri sendiri apabila mendapati abangnya tiada dengannya. Namun Zarina tetap tenang memujuk sambil memandu kereta membawa Azil kepada Azal.
Dia tahu abang dia akan cari dia
https://www.instagram.com/p/BbdkECRgegt/?taken-by=zarinazainuddin_
Nasib baik Azal boleh bertenang kawal amarah Azil
https://www.instagram.com/p/Bbdk9HXgAcD/?taken-by=zarinazainuddin_
Azal dilihat lebih tenang berbanding Azil walaupun kedua-duanya adalah anak autism. Pun begitu, kadang-kadang Azal juga boleh terpengaruh dengan tindakan Azil kerana menurut Zarina sebagai kembar mereka akan berkongsi rasa yang sama.
‘Azal ok kan? Azal rilek, Azal good boy’
https://www.instagram.com/p/BbdlfOXgxY-/?taken-by=zarinazainuddin_
Undang kekaguman netizen
Ya Allah saya terasa insaf…
Sumber: Zarina Zainuddin