berita

[VIDEO] Menggigil Depan Mahkamah, Suspek Bunuh Surya Direman 7 Hari

November 3rd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut, mengesahkan seorang suspek wanita yang merupakan rakan sekolah mangsa telah ditahan bagi memberikan keterangan.

Artikel Berkaitan: ‘Suspek Merupakan Kawan Sekolah Mangsa, Motif Bunuh Berpunca Dari Salah Faham’

Terbaru, rakan mangsa (suspek) telah direman bagi membantu siasatan.

Direman 7 hari

Menerusi laporan Harian Metro, suspek yang merupakan seorang pelajar tingkatan enam yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Siti Nur Surya, 19 tahun, telah direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan kerana membunuh.

Suspek tiba di perkarangan Mahkamah Majistrer Marang kira-kira 10.10 pagi tadi. Sebelum ini, suspek telah diserahkan oleh ibunya sendiri pada 8.15 pagi semalam di Balai Polis Telemong.

Bukti kejadian

Tangkapan terhadap suspek dilakukan berdasarkan bukti yang berjaya ditemui di lokasi kejadian dan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.

Ketika bersembang di ruang tamu, berlaku kata-mengata yang menimbulkan kemarahan pada suspek sebelum berlaku pergaduhan dan pergelutan.Suspek dikatakan mengambil pisau dapur yang ada di ruang tamu sebelum mengelar beberapa kali pada pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus.

Siti Nur Surya sebelum ini ditemui mati di ruang tamu rumahya dan dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Kuala Berang, semalam. Perkara tersebut disedari oleh adik mangsa yang ketika itu baru sahaja pulang dari sekolah.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro & TV3 

SKIP THIS AD ×