Pelakon dan usahawan, Tya Arifin sanggup berkorban dengan meninggalkan negaranya, Indonesia demi kasih sayang dan cinta terhadap suami, Asyraf Khalid.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Asyraf Khalid Kongsi Momen Pertama Kali Jatuh Cinta Dengan Tya Arifin – ‘Masuk Waktu Zohor Dia Cakap Nak Solat Sekejap’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tya Arifin Dedah Ibu Pernah Bantu Kawan Sehingga Tergadai Harta – ‘Itu Bukan Momen Zero, Tapi Momen Minus Untuk Keluarga Kami’
Berkorban demi cinta
@tyaarifinnw Semangat para perantau cinta ?? Wanita Indonesia perantau dari Malaysia ??. Kamu dari mana atuh? ? #mashallah #tyaarifin #yura #akubisa #fyp #tiktok #asyrafkhalid
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Tya atau nama lengkapnya Nurtria Wulandari Arifin memuat naik video momen bersama Asyraf dan anak-anak.
Menurut Tya, bukan mudah untuk mengecapi hidup bahagia kerana ada pandangan negatif, namun dia tetap berjuang demi cintanya.
Aku boleh. Meninggalkan negara ku, melawan stigma negatif ketika bernikah dengan lelaki dari negara seberang.
Sudah hampir sepuluh tahun membangunkan keluarga kecil bersama dia dan anak-anak ku.
Walau bagaimanapun, usahawan berusia 30 tahun itu tidak menolak bahawa setiap pasangan suami isteri pasti diuji. Justeru, perlu ada sikap sabar untuk mempertahankan rumah tangga.
Setiap rumah tangga mesti ada cabaran, tapi yakinlah, bersabar dan tenang.
Semangat buat para perantau cinta!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi kisah cinta mereka yang sanggup meninggalkan negara masing-masing.
Aku juga tinggalkan Indonesia demi bernikah dengan suami warga Malaysia. Alhamdulillah dah tiga tahun, ada seorang anak.
Alhamdulillah saya sudah 30 tahun tinggal di sini (Malaysia) kerana cinta.
Samalah kita, saya sudah 22 tahun merantau demi buah hati dan keluarga.
Untuk info, Tya dan Asyraf berkahwin pada 1 November 2015 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
Sumber: TikTok Tya Arifin