Kesalahan parkir kereta di tempat yang tidak dibenarkan boleh dikenakan saman, tayar dikunci atau lebih teruk lagi kenderaan bakal ditarik oleh pengutkuasa tempatan. Pihak berkuasa memandang serius kesalahan ini terutama di kawasan tumpuan kerana ianya boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.
Melalui video perkongsian Anne di Twitter, memaparkan seorang wanita bertindak luar kawalan apabila keretanya bakal ditarik selepas disyaki diparkir di kawasan yang tidak dibenarkan. Sehubungan dengan itu, terdapat individu yang cuba untuk menenagkan wanita tersebut. Namun individu tersebut turut diludah dan dipukul beberapa kali oleh wanita berkenaan.
Yang tolong pun kena ludah & pukul
So after screaming & spitting at people, throwing things and attempting to assault, the tow truck fella let her off?
Location: Sungai Buloh pic.twitter.com/M2tCUDIWtX
— Kahöööna ? (@Duurianne) February 6, 2020
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Sungai Buloh, Selangor itu menunjukkan sebuah lori tarik kereta cuba untuk menarik kenderaan yang parkir di kawasan larangan. Namun begitu, wanita yang dikatakan pemilik kereta itu bertindak luar kawalan dengan menjerit dan membaling kon selepas meludah beberapa individu di situ.
Tak jadi tarik
Keadaan menjadi tidak terkawal selepas wanita itu tidak dapat mengawal dirinya dan meronta-ronta untuk pihak berkuasa tidak menarik keretanya. Oleh hal sedemikian, pihak berkuasa tempatan terpaksa membatalkan hasrat untuk menarik kereta tersebut kerana tidak mahu keadaan menjadi semakin keruh.
Selamat RM300
Sumber: Anne