Tular sepotong video di laman TikTok mengenai kisah seorang wanita hamil yang berkongsi kesedihan apabila kereta jenis Perodua miliknya rosak teruk selepas dihempap sebatang pokok besar.
Artikel berkaitan: Buat Hubungan Terlarang Dalam Kereta, Lelaki & Remaja Ditahan Polis
Artikel berkaitan: Wanita Keguguran Selepas Ditembak Jiran, Punca Pasang Muzik Terlalu Kuat
Diuji ketika hamil
Dalam video yang dikongsikan Meera Azizi di laman sosial berkenaan, difahamkan insiden tersebut berlaku selepas hujan lebat turut di kawasan perumahannya yang terletak di Taman Putra, Perdana, Puchong.
Menerusi ruangan kapsyen, Meera yang tidak dapat menahan sebak berkata dia tidak menyangka akan diuji dengan kejadian sebegitu dalam keadaanya yang sarat mengandung.
Ya Allah, ujian bulan puasa, ujian tunggu hari nak bersalin. Semoga aku dan suami kuat hadapi semua ini.
Sementara itu, menerusi satu lagi video terbaharu yang dikongsikan Meera, dia menyampaikan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya dan suami.
Dalam masa sama, dia bersyukur apabila tuntutan ‘claim’ boleh dilakukan ke atas kenderaannya yang telah remuk itu.
Saya tengah sarat mengandung, emosi tidak stabil, baby tunggu hari sahaja nak keluar. Allah uji begini dan saya reda, cuma sedih. Sesiapa pun mesti akan sedih bila jadi macam ini.
Terima kasih kepada yang mendoakan dan beri kata-kata semangat untuk saya dan suami. Semoga Allah sentiasa lindungi kalian.
Untuk kereta ini kami tidak ambil insuran bencana alam, silap kami juga. Tetapi pihak pengurusan rumah cakap boleh claim under pokok ini sebab majlis perbandaran yang tanam. Semoga jadi pengajaran untuk kami dan semua.
Video
@meera_azizi Ya Allah, dugaan terbesar aku dan suami ??? #hujanlebat #pokoktumbang #putraperdana #tamanputraperdana ? original sound – M.C.B ?
@meera_azizi Replying to @meera_azizi ? Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Sumber: TikTok