Seorang wanita didakwa adik lelakinya pernah dipukul oleh bekas isterinya sehingga menerima jahitan di bahagian bibir.

Artikel Berkaitan: Lelaki Dikelar Gara-Gara Dendam Sering Pukul Teman Wanita

Artikel Berkaitan: ‘Dia Dulu Gangster, Ahli Kongsi Gelap, Main Perempuan..’ – Wanita Buntu Dengan Kisah Silam Bakal Suami

Terkilan & kecewa

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan wanita tersebut menangis teresak-esak sambil memeluk adiknya selepas dia terkejut melihat wajah adiknya yang cedera didakwa dipukul oleh isterinya.

Memang meraung-raung lepas dia buka topeng muka tengok muka dia dah pecah.

Lepas tengok muka dia macam itu, aku cuma rasa terkilan, kecewa, tak sangka sebab aku memang baik dan rapat sangat dengan bekas isteri dia. Aku anggap dia macam adik aku sendiri bukan adik ipar.

Susulan itu, dia membawa adiknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan yang dialami.

Punca cerai

Bercerita tentang perkara sebenar, sebelum ini dia dan bekas adik iparnya sangat rapat namun perhubungan mereka renggang sejak bulan Ramadan yang lalu.

Tiba-tiba masa bulan puasa, bila aku WhatsApp dia kata dia sibuk dan senyap terus. Selepas hari raya, adik aku datang dengan muka pecah.

Setelah berjaya dihubungi, bekas adik ipar wanita berkenaan berkata punca perpisahan mereka adalah kerana faktor kewangan dan mereka akhirnya berpisah selepas hari raya.

Dia jawab, dia dah tak nak hidup susah dengan adik aku.

Berdasarkan laporan polis, kecerderaan yang dilakukan oleh adik ipar wanita tersebut kerana berlaku pertengkaran ekoran adiknya mendakwa dia terdengar isterinya sedang bercakap telefon dengan seorang lelaki.

Isterinya kemudian berang lalu bertindak kasar dengan memukul sehingga menyebabkan kecerderaan.

Difahamkan selepas bercerai pasangan itu juga sering berbalah tentang tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

Tidak tahan dengan apa yang menimpa adiknya, wanita tersebut juga memohon agar bekas adik iparnya itu tidak mengganggu atau memuat naik tentang mereka di media sosial lagi.

https://www.tiktok.com/@zeemarwadriana/video/7252691455125310721?embed_source=121352282%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_name&refer=embed&referer_url=kisahdunia.com%2Fkakak-berang-adik-lelaki-dihempuk-bini-minta-cerai-kerana-taknak-hidup-susah%2F&referer_video_id=7252691455125310721

Sumber: TikTok