Di TikToK Live, pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa sebak sebaik sahaja berbicara mengenai isu yang sedang berlaku di Palestin.
Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Tegur Pasangan Artis Muat Naik Video ‘Soft Porn’ – ‘Itu Perbuatan Maksiat Sangat Berat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sabar Anak Jarang Dilihat, Jarang Dihargai’ – Ustazah Asma’ Harun
Bagaimana kita selepas mati?
Menurut Ustazah Asma’, dia berasa bersyukur kerana hidup di sebuah negara yang aman. Namun begitu, sebagai seorang yang beragama Islam, Ustazah Asma’ berkata dia berasa sedih apabila melihat sikap masyarakat pada hari ini yang sudah mulai leka, lalai dan kalah dalam perjuangan mempertahankan nikmat yang Allah berikan ini.
Lepas tu tengok pokok tengok langit, saya kata Ya Allah banyaknya nikmat engkau berikan kepada kami walaupun kami tak buat apa sangat pun untuk agama ini. Kami tak bersungguh-sungguh pun untuk agama ni.
Kami tak bersungguhpun menyebar dakwah dalam negara dan menyekat kemungkaran yang berlaku dalam negara yang aman ini telah membuatkan iman kami lemah ya Allah. Aman ini membuat kami leka Ya Allah.
Bila saya jalan, saya kata Ya Allah besarnya nikmat aman dan tenang yang Ya Allah berikan ini. Tapi ramai mana yang tak mampu nak bangun dan berjalan ke rumah mu Ya Allah. Bila saya sampai dekat surau, ada tiga sahaja jemaah perempuan dan jemaah lelaki satu baris tak penuh.
Saya kata Ya Allah, dalam taman ini ada beratus orang mungkin capai seribu. Mungkin ini sahaja orang yang mampu bangun untuk solat berjemaah di rumah Mu ya Allah. Saya rasa anugerah nikmat aman ini telah membuatkan kami leka, lalai dan kalah dalam perjuangan ini.
Ujar Ustazah Asma’ lagi, masyarakat di Malaysia perlu berasa bertuah sebab berpeluang hidup dalam keadaan aman tanpa perlu rasa bimbang dan takut dengan ancaman bunuh.
Kita bertuah sebab kita aman, tenang dan boleh berjalan tanpa ada rasa bimbang dan takut dengan ancaman bunuh dan sebagainya. Tetapi di waktu yang sama, saya rasa mana lagi beruntung mereka atau aku. Saya terpanggil soalan itu.
Dari sudut dunia kita beruntung. Terbitlah kata-kata untungnya mereka. Kita pun akan mati macam mereka mati. Kita juga akan mati tetapi bagaimana dengan kita selepas kita mati. Adakah kita beruntung, tenang dan rehat di alam barzakh itu.
Video
Sumber: TikTok