berita

[VIDEO] ‘Meremang Bulu Roma Aku’ – Visual Azan Konsep Seram, Netizen Luah Rasa Terganggu

March 27th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Azan berkumandang menandakan telah masuk waktu solat. Selain surau dan masjid, saluran televisyen tempatan turut menyiarkan video alunan azan. Kebiasaanya video azan di televisyen memaparkan imej ketenangan dan kesucian agama Islam bagi menunjukkan keperibadian murni agama Islam.

Namun, sebuah stesen televisyen tempatan telah menayangkan video alunan azan berlatar belakangkan elemen seram. Hal ini telah menimbulkan tanda tanya dan kecaman netizen yang menganggap visual tersebut tidak sesuai untuk tayangan umum kerana seolah-olah menakutkan orang ramai.

Apa pelik sangat azan ni

https://www.youtube.com/watch?v=taows4uwrEY&feature=youtu.be

Menerusi rakaman video di YouTube The BikePreacher, menunjukkan rakaman video sebuah stesen televisyen tempatan yang memaparkan video azan berimej seram. Kesan bunyi guruh dan kilat kelihatan semasa alunan azan dimainkan mencetus tanda tanya motif sebenar video tersebut dihasilkan. Azan tersebut dialunkan oleh seorang bilal yang dipercayai orang kurang upaya (OKU) apabila melihat fizikalnya yang buta mata. Namun pihak produksi tersebut hanya memaparkan sebelah matanya dan membuat sesiapa yang menonton rasa sungguh seram.

Apa kejadah buat visual azan macam tu

Rata-rata netizen mempersoalkan motif tujuan visual azan yang mengetengahkan imej seram. Elemen berkenaan tidak sesuai untuk digunakan dan berharap pihak majlis agama mengambil tindakan.

Sumber: The Bike Preacher

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×