Di awal kemunculannya dulu, Mat Luthfi gemar berkongsi pendapat melalui video-video berunsur jenaka dan parodi.
Namun sejak kebelakangan ini, Mat Luthfi dilihat lebih selesa menggunakan medium YouTube untuk menimbulkan kesedaran di kalangan orang ramai mengenai sesuatu isu.
Beberapa hari lepas, Mat Luthfi telah memuat naik sebuah video baru berjudul Dokumentari – Ninja yang mana pada zahirnya menceritakan tentang kisah hidup seekor kucing.
Melalui video berdurasi 5:17 saat itu, seekor kucing diberi nama Ninja dijaga dengan baik oleh tuannya, Yung Un namun tidak berapa disukai oleh teman serumah tuannya, Along.
Pada satu hari, Ninja secara tak sengaja telah bunting dan Yung Un sangat marah terhadap kedegilan Ninja.
Jika anda menonton video tersebut dengan mata kasar, pastinya anda hanya dapat melihat kecomelan Ninja dan anak-anaknya yang baru dilahirkan.
Tetapi di sebalik semua itu, Mat Luthfi sebenarnya cuba menyampaikan mesej tentang gejala sosial yang semakin kerap berlaku di kalangan remaja.
Dalam masa yang sama, anak muda ini turut mendedahkan respon yang biasa diberikan oleh masyarakat atau ahli keluarga mengenai masalah ini melalui watak Yung Un dan Along.
Menurut Mat Luthfi menerusi videonya, manusia ada kelebihan untuk berkongsi ruang dengan benda ataupun dengan manusia yang dia tak suka jika dia berjaya ketepikan egonya.
Jadi, marilah kita menonton video Dokumentari – Ninja di bawah dan hayati maksud tersirat yang terkandung sebelum menilai sesuatu perkara. Semoga terhibur!