Umum mengetahui pasangan pengantin baharu, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah telah terbang ke Pulau Langkawi bagi meraikan bulan madu mereka.
Terbaru, Watie berkongsi momennya dan suami berjumpa dengan anak-anak selepas pulang dari Langkawi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Fokus Besarkan Anak-Anak Shuib, Belum Rancang Zuriat Sendiri
Terus jumpa anak-anak
Menerusi video yang dimuat naiknya di Instagram (IG), Watie memaklumkan bahawa dia sudah pun bersedia untuk menjalani kehidupan baru sebagai seorang ibu kepada anak-anak Shuib.
Dapat dilihat, Watie begitu mesra melayan karenah dan telatah Uwais, Talita dan Matin yang kelihatan begitu manja dengan ibu tirinya itu.
Bukan itu sahaja, anak-anak kepada Shuib juga dilihat seronok dengan kehadiran Watie dalam kehidupan mereka.
Saya dah bersedia dengan buku baru kehidupan saya, #doakankami.
Hantaran dikongsi Watie itu turut mendapat respon pelbagai dari wargamaya.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mula menyukai Watie yang jelas kelihatan ikhlas menjaga dan menyayangi anak-anak Shuib.
Mereka juga mendoakan agar Watie terus ikhlas menjaga mereka serta berkekalan hingga ke akhir hayat.
Video
@watieioyfcy #shuibxwatie #fyp??viral #fyp? #fyp ? original sound – watie.shuib