berita

[VIDEO] Miliki Bakat Cukup Hebat, Netizen Puji Luqman Hakim Makin Power ‘Kecek’ Bahasa Inggeris

October 30th, 2020 | by Amirul Asraf
Video Popular

Umum mengetahui, bintang bola sepak negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin, kini bermain bersama kelab Belgium, KV Kortrijk. Bukan sahaja menjadi anak watan pertama yang bermain dengan kelab utama tersebut, Luqman juga telah menunjukkan kehebatannya apabila berjaya menjaringkan gol ketika perlawanan bulan lalu.

Artikel berkaitan: Jaring Gol Pertama Di Belgium, Luqman Hakim Raih Pujian Netizen

Terbaru, anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia memberi ucapan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Terbaik!

I am good now

Menerusi video berdurasi 0:55 saat, Luqman memberitahu bahawa dia berada dalam keadaan baik. Tambahnya, dia akan terus berlatih sebaik mungkin dan mencapai segala impian. Luqman turut memberitahu dia mahu membanggakan Malaysia. Ucapan terima kasih buat semua orang yang memberi sokongan turut diucapkan oleh Luqman.

Never give up

Menurut jurulatih KV Kortrijk, Yves Vanderhaeghe, Luqman merupakan salah seorang pemain yang mempunyai bakat yang cukup hebat. Oleh itu, beliau akan membawa Luqman pergi lebih jauh sehingga dia mencapai impiannya. Tambah Yves, dia akan memberi latihan yang lebih lasak buat Luqman bagi memastikan pemain tersebut tampil beraksi dengan cemerlang.

Padu Luqie!

Rata-rata netizen kagum dengan Luqman terutama apabila dia bercakap dalam Bahasa Inggeris. Menurut netizen, Luqman telah mengharumkan nama negara termasuk negara Asia.

Sumber: KV Kortrijk

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×