Penyanyi rap yang semakin meningkat naik MK dari kumpulan K-Clique sering menjadi tumpuan di media sosial. Baru-baru ini terdapat kontroversi di mana dia dicium wanita yang merupakan peminat fanatiknya semasa sedang membuat persembahan.
Walaupun penampilannya seolah-olah penyanyi rappers gangster, namun sifat peribadinya yang menarik minat ramai. Menerusi Twitter Uzay, berkongsi satu video memaparkan MK sedang bercerita mengenai hal hidupnya sebagai seorang rappers yang ingin mencari rezeki buat keluarganya di Sabah.
Senyuman dari keluarga begitu berharga
Cari duit untuk family @hairiWhuuT pic.twitter.com/bnC0Kg5QWQ
— uzayrr (@zayrjerr) October 1, 2019
Menurutnya sebagai seorang anak lelaki, dia perlu bertanggungjawab untuk mencari rezeki untuk keluarga. Tambahannya lagi, apabila dia berkongsi rezeki bersama keluarga, senyuman dari ahli keluarganya menjadi suatu yang berharga buat dirinya. Apabila keluarga gembira, secara tidak langsung ianya menjadi restu buat dirinya untuk terus menghasilkan karya muzik yang terbaik.
Cari rezeki dengan lagu lucah?
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang tidak setuju dengan kenyataannya kerana mendakwa kebanyakkan lagunya berunsurkan lucah. Namun begitu, tidak semua netizen mempunyai pendapat yang sama. Terdapat netizen yang mendakwa cara penerimaan lagu rap dari MK bergantung kepada individu itu sendiri. Jika seseorang itu mempunyai sifat yang negatif, dia mungkin akan nampak lagu daripada MK ini sesuatu yang negatif.
Coolest person ever
Tambahan lagi, rata-rata peminatnya menyokong usaha murninya untuk membantu menyara keluarga di kampung halaman. Keperibadian MK harus dicontohi ramai.
Sumber: Uzay