Isteri kepada jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang iaitu Athiah Ilyana berkongsi momen suaminya bersama anak-anak sebelum berangkat ke Paris untuk Olimpik 2024.
Artikel Berkaitan: Azizulhasni Awang Timang Cahaya Mata Keempat
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ini Mungkin Kali Terakhir Abah Tengok Olimpik’ – Bapa Dayah Bakar
Tinggal anak-anak & isteri
@tyajojo Go Azizul GOLD ..Sebab umi penat jaga anak without u hehe #fyp #malaysia #azizulhasniawang #azizul #cyclist #olympic #cyclingtiktok #muslimolympians #goazizulgold
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, keluarga Azizul menghantar atlet itu di lapangan terbang untuk berlepas ke Paris.
Paling menyentuh perasaan adalah apabila anak-anak memeluk Azizul dengan erat dan menangis kerana terpaksa berpisah sementara.
POV (point of view): Bila ayah awak akan berangkat ke Olimpik Paris 2024.
Go Azizul gold!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat momen keluarga itu dan mendoakan Azizul dapat meraih emas di temasya sukan antarabangsa tersebut.
Mesti mereka bangga suatu hari nanti kisah bapa mereka akan masuk dalam buku teks sekolah.
Kami doakan semoga kemenangan milik Datuk Azizul.
Besar pengorbanan jadi atlet, isteri dan anak-anak sekali berkorban sebab berjauhan.
Azizul atau turut digelar The Pocket Rocketman bakal beraksi di dalam acara keirin yang dijadualkan akan bermula pada esok.
Untuk rekod, Azizul berjaya memperoleh pingat perak menerusi acara keirin di Olimpik Tokyo 2020 dan pingat gangsa di Rio pada tahun 2016.
Sumber: TikTok Athiah Ilyana