berita

[VIDEO] Momen Bapa Terjun, Selamatkan Anak Yang Terjatuh Di Landasan Keretapi Buat Netizen Kagum

February 4th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga keselamatan anak mereka meskipun jika ia mampu membahayakan nyawa mereka sendiri.

Seperti sebuah video yang viral di laman Twitter baru-baru ini, seorang ayah sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan anaknya yang terjatuh di landasan keretapi.

Lompat, peluk anak

Menerusi perkongsian video yang dibuat pengguna Twitter Jenan Moussa ini, seorang kanak-kanak perempuan dikatakan telah terjatuh di sebuah landasan keretapi yang terletak di Egypt.

Bagaimanapun bagi menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu, ayahnya yang ketika itu turut berada di situ dengan segera bertindak melompat dan memeluk anaknya di tepi sehingga keretapi selesai melalui landasan itu.

Netizen kagum

Perkongsian video itu telah mendapat sebanyak 4 juta tontonan dengan lebih 6k rt dan hampir 21k tanda suka.

Rata-rata mereka yang menonton video itu menyifatkan bapa tersebut sebagai seorang ‘hero’ yang sanggup berkorban nyawa bagi menyelamatkan nyawa anaknya.

Bahkan mereka turut terharu dengan keberanian lelaki itu dan menyifatkan ia sebagai satu perkara yang indah meskipun agak mengerikan.

Sumber: Twitter jenanmoussa

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×