Pempengaruh dan jurusolek, MUA Bellaz mempunyai sebab tersendiri mengapa dia gemar merakam momen bersama anak-anak ketika mereka masih kecil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Tak Pernah Tayang Harta – ‘Dia Rendah Diri & Tak Lupa Asal Usul’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kagum MUA Bellaz Hadiahkan Pembantu Rumah Cincin Emas – ‘Seumur Hidup Ini Hadiah Paling Besar Dia Pernah Dapat’
Memori ketika dewasa
@pama.my Jatuh air mata MuaBellaz, bila ditanya tentang perkara ni? Semoga anak-anak dah besar nanti boleh hargai effort mama ni okay! #muabellaz #muabellazkids #majalahpama
Menerusi temu bual bersama Pa&Ma, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini dilihat tidak mampu menahan air mata apabila mendedahkan dia tidak mempunyai banyak foto ketika kecil.
Perkara itu menjadi sebab mengapa kini dia gemar merekod semua momen anak-anaknya.
Saya suka ambil gambar mereka kerana saya tak ada gambar sendiri ketika kecil, bila besar nak tengok gambar tak ada.
Sebab tu saya ambil gambar mereka ketika kecil, bila tengok semula..’ini gambar dengan mama’.
Saya cuma ada dua tiga keping gambar sahaja semasa kanak-kanak, jadi saya teringin sangat nak tengok gambar saya ketika bayi.
Dalam nada sebak, ibu kepada empat orang anak itu berkata, kesempitan hidup keluarganya menyebabkan dia tidak mempunyai kesempatan untuk bergambar dan merakamkan momen bersama mereka.
Saya tak boleh tengok balik momen itu kerana dulu saya sangat susah.
Jadi bila dah ada anak ini saya pakaikan mereka dengan baju yang cantik-cantik. Bila mereka tengok nanti, inilah momen kita bersama.
Momen hari ini takkan sama dengan esok, kalau nak diulang semula takkan akan dapat. Ambil (gambar) sahaja momen itu, nanti bila sudah tiada dan rindu boleh tengok balik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak mendengar kisah Bellaz, malah mereka juga turut melakukan perkara yang sama kepada anak-anak kerana pernah mengalami situasi serupa.
Sumber: TikTok Pa&Ma