Walaupun sudah berjaya dan memiliki kekayaan, namun jurusolek terkenal, MUA Bellaz tidak pernah melupakan kehidupannya ketika susah dahulu.
Artikel Berkaitan: OOTD MUA Bellaz Dalam Banjir Curi Tumpuan, Netizen Puji Bantu Penduduk Kampung – ‘Patutlah Allah Limpahkan Rezeki’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] MUA Bellaz Belanja 500 ‘Rider’ Petrol Percuma – ‘Ada Yang Beritahu Saya, Lama Tak Merasa Isi Minyak ‘Full Tank’
Kejayaan Bellaz
@muabellaz Bukan senang nak senang ..bila tgk office sndiri ni sebakk tulah …sbb dlu p kerja kayuh gerek ja kalau gerek rosak kena jalan kaki ja 7kilo weh hari2 tau p reja cari duit nk sara adik2 yg masih kecil …kalau xp kerja xleh mkn ..hmm itulah kenangan yg xdpt dilupakan
Menerusi hantaran di TikTok, Bella memuat naik sebuah video yang memaparkan lokasi premis perniagaannya yang diberi nama Bellaz Beauty.
Pada ruangan kapsyen, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini mengenang kembali fasa kesusahan yang dihadapinya sebelum ini.
Bukan senang nak senang. Bila tengok pejabat sendiri ni sebak.
Sebab dulu pergi kerja kayuh basikal sahaja, kalau rosak kena jalan kaki tujuh kilometer.
Menurut ibu kepada empat orang anak itu, dia perlu bekerja keras demi sesuap nasi untuk keluarga.
Hari-hari pergi kerja cari duit nak sara adik-adik yang masih kecil. Kalau tak pergi kerja, tak boleh makan.
Itulah kenangan yang tak dapat dilupakan.
Dalam pada itu, Bellaz juga maklumkan bahawa dia pernah bekerja di sebuah kilang ikan sebelum memulakan kerjaya sebagai jurusolek.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, ternyata kisah kehidupan Bellaz itu menjadi inspirasi kepada rata-rata warganet.
Bella jadi inspirasi. Bila dah senang sentiasa ingat permulaan nak senang itu sebenarnya susah. Bermula dari bawah, bila dah diatas sentiasa merendah diri.
Mungkin atas sebab pengorbanan itulah Bellaz berjaya sekarang.
Motivasi, bila kita sentiasa ingat kita yang dulu sebelum jadi yang hari ini.
Sumber: TikTok MUA Bellaz