berita

[VIDEO] Mujur Menjerit Minta Tolong! Polis Koperal Samun Wanita China Diberkas

August 25th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Seorang wanita berusia 29 tahun warga China telah disamun oleh tiga individu yang tidak dikenalinya. Kejadian dipercayai berlaku pada 23 Ogos, jam sekitar 7.00 petang di sebuah kedai makan di Jalan Perdana 3/10 Pandan Perdana. Tangan mangsa dipegang dan terus diheret ke kawasan parkir kereta berdekatan.

Kes samun wanita China

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/1242014862815260/?__xts__[0]=68.ARBNZDcxBxsFi8rFaVDxEtfMFppDcJW69MxHqdiwTYC1XY-RNh1dViTzO7_xHDa0sFz9lURHv3wDXjTL87ok22ikbnRBzmO9a4AdBWUxf-lyj0Wmeai9XwjXj911w_CGRkfpgY_UdfEEYRfwfXkwzWmaM45jiCe6pXMIDfiX4wKABDWDFaZh2JQnyH0saxxs7FgGpWMbb_TQ8pkbQ4zlirAk-1Os6ZsBDq6qgCjHMGQY_jiEB3pRA00vQkpvFTSgdxiAY9CffowekcpkhiJNyLbmx8VZFRjOXqJfgaW6w0sh3cYBJFO1KBwfs4W_1r2QnGBD8nrGrYb4B5QLnNnIPA29-573AM7hSAiR7m4TIw0hrzGNp_SzDooK0vz4PY_o5m0&__tn__=-R

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui Facebook Info Roadblock JPJ/ Polis difahamkan mangsa merupakan seorang jurujual sedang minum bersama rakannya di kedai makan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Superintendan Mohd Azam Ismail melaporkan salah seorang daripada tiga individu itu merupakan seorang polis berpangkat koperal.

Mangsa kemudian dihampiri tiga lelaki disyaki warga tempatan memperkenalkan diri sebagai polis sebelum mereka memegang kedua-dua tangan wanita itu dan menariknya ke kawasan letak kereta.

Suspek adalah anggota polis

Orang ramai segera datang menghampiri mangsa setelah terdengar jeritan itu. Dua individu berjaya melarikan diri manakala seorang berjaya ditahan orang ramai. Memetik laporan Harian Metro, siasatan mendapati individu yang berjaya ditahan itu adalah merupakan seorang anggota polis.

Jeritan wanita terbabit meminta tolong didengari orang awam yang berada di lokasi yang kemudian memberikannya bantuan. Semakan mendapati suspek berkenaan adalah anggota polis berpangkat koperal, namun dia dalam status ditahan kerja.

Dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan mengalami kerugian wang tunai kira-kira RM5,000 dan kehilangan barangan peralatan solekan. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Harian Metro, Info Roadblock JPJ/Polis

SKIP THIS AD ×