Penyanyi dan pelakon Nabila Razali tidak menafikan bakal berkongsi berita gembira kepada orang ramai, tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Baju Pengantin Sudah Siap, Nabila Razali Bakal Nikah Esok?
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Sudah Bertunang Dengan Bekas Pelumba Litar Formula?
Buka kisah baru
Memetik laporan Melodi, Nabila berharap agar semua orang bersabar menanti khabar gembira selain tidak putus mendoakan yang terbaik.
Semestinya ada berita baik. Tak sabar saya nak kongsikan kepada semua orang. Saya harap sementara menunggu berita itu, korang mendoakan kesejahteraan saya atau orang di sekeliling saya.
Ditanya masih aktif bekerja meskipun sedang berdarah manis dan menunggu hari bahagia, pelantun lagu Pematah Hati berkata dia komited dengan tuntutan kerja.
Saya selalu ada priority. Buat masa sekarang, saya masih fokus dengan kerjaya. Ini dikira sebagai sebahagian kerja untuk menerima anugerah sebagai salah seorang Top100 Most Influential Young Entrepreneurs 2023.
@ohbulanofficial Nabila Razali nikah esok??? OMG tak sabarnya nak tengok Bela Nikah dan sanding! ? #ohbulan #sembangentertainment #nabilarazali #nikah ? Putus – Nabila Razali
Pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali juga tidak menolak tarikh 13 November iaitu esok bakal menjadi satu lembaran baru buat dirinya.
Esok adalah birthday saya. Kalau nak hantar hadiah, hantar bunga putih.
Saya harap apa jua yang saya buat selepas ini anda sentiasa sokong tak kira apa jua yang dibuat. Mungkin hari esok, 13 November menjadi lembaran baru untuk Nabila Razali.
Saya dapat buka new chapter. Doakan yang baik-baik saja. Pada masa yang sama, saya nak kita tak lupa dengan mangsa-mangsa Palestin.
Dalam pada itu, pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta 2 memohon maaf andai ada pihak yang terguris hati kerana tidak dijemput ke majlis penting tersebut.
Kadang bila kita buat event, sebagai manusia ini kita pun ada salah silap. Kalau ada yang terasa hati dengan saya, saya minta maaf sangat-sangat. Saya sudah cuba sedaya upaya untuk buat semua pihak berpuas hati.
Sebelum ini, saya belum bersedia untuk kongsi. Selepas ini, tidak tahu mungkin saya akan kongsi.
Terdahulu, Nabila dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pelumba kereta litar Formula yang dikenali sebagai Nik Iruwan Nik Izani, pada keesokkan hari bersamaan 13 November 2023.
Selain itu, menerusi hantaran di sebuah akaun media sosial, kelihatan seorang pereka fesyen sedang menyiapkan busana pengantin yang dipercayai milik penyanyi itu.
Bukan itu saja, beberapa minggu lalu pula, dikatakan Nabila telah diraikan oleh rakan rapatnya dalam acara ‘hens party’ yang turut dikongsi dalam Instagram Story milik seorang selebriti.
Sumber: Melodi